Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, June 18, 2012

Karnival Himpunan Mega Keluarga 2012 Seri Tiram Jaya

TANJUNG KARANG, 18 JUN - Hampir 300 penduduk di Kampung Seri Tiram Jaya yang hadir majlis ceramah Agama yang berlangsung di perkarangan Dewan Orang Ramai Seri Tiram Jaya sempena Karnival Himpunan Mega Keluarga 2012 Seri Tiram Jaya disini, malam kelmarin.

Karnival turut dihadiri oleh Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, bersama YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Permatang, untuk bersama-sama penduduk dikampung mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tn Hj Ali Jaafar, Imam Masjid Kampung Seri Tiram Jaya dan bertahlil bersama.

Datuk Seri Hj Noh, yang dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat dan menjadi contoh terbaik kepada pemimpin-pemimpin yang lain. Ini dapat dilihat apabila beliau turut bersama-sama orang ramai yang hadir menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengajur sejurus selepas majlis ceramah dan tahlil selesai.

Datuk Seri Noh Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia

TANJUNG KARANG, 17 JUN - Lebih 1000 yang hadir di program Malam Mesra 1Malaysia Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia menunjukkan sokongan padu terhadap Datuk Seri Noh.

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, disambut oleh semua masyarakat Cina ketika hadir di jamuan makan program Malam Mesra 1Malaysia Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia. Turut hadir di program tersebut YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Permatang, disini, malam tadi.

Datuk Seri Noh turut menyampaikan sumbangan RM20 ribu kepada persatuan kebajikan masyarakat di kampung itu bagi menjalankan aktiviti mereka dalam menjaga kebajikan serta menjalankan aktiviti bagi masyarakat Cina disitu.