Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, June 14, 2012

VIDEO.!!! JENTERA PILIHANRAYA PKR PAKATAN RAKYAT SELANGOR DILUMPUHKAN T.I.B.A.I

12 JUN 2012 ADALAH TARIKH KERAMAT - Jentera-jentera pilihanraya Pakatan Rakyat samada dari PKR, PAS dan DAP di Selangor lumpuh.

Malam semalam di Permatang, Tanjung Karang Selangor di perkarangan pejabat DUN Permatang, jentera pilihanraya PKR dan Pakatan Rakyat Selangor mula dilumpuhkan apabila Mursyidul Am T.I.B.A.I mengumumkan kepala-kepala jentera pilihanraya PKR dan Pakatan Rakyat dilumpuhkan dan menyertai T.I.B.A.I.

Disaksikan di hadapan lebih seribu orang yang hadir di ceramah roadshow T.I.B.A.I., Datuk Seri Hj Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, diiringi YB Tn. Hj Sulaiman, ADUN Permatang, bagi menyarungkan baju T.I.B.A.I kepada ketua-ketua jentera pilihanraya PKR dan Pakatan Rakyat Selangor sebagai menyambut kembalinya mereka semula ke dalam UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Noh cabar Khalid umum kedudukan kewangan Unisel

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor dicabar untuk menjelaskan tujuan utama mencairkan aset bernilai RM30 juta sekali gus mengumumkan kedudukan kewangan Universiti Industri Selangor.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu dilihat meragukan banyak pihak tambahan lagi sebelum ini kerajaan negeri gah mencanangkan mempunyai simpanan sebanyak RM1.9 bilion.

"Maka kerajaan Selangor ambil kesempatan ini seperti kata pepatah menangguk di air keruh. Di mana seolah-olah kerajaan negeri seolah cuba tampil menjadi juara untuk membela nasib pelajar di UNISEL.

"Kerajaan Selangor tidak layak untuk dakwa mereka beri pembelaan dalam bidang pendidikan di Selangor. Saya nak cabar MB tolong isytiharkan berapa kerugian yang ditanggung UNISEL," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya malu kerana melabelkan diri sebagai 'juara' dalam cubaan untuk membela pendidikan rakyat di negeri ini.

Ini ekoran kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Khalid dilihat gagal menyumbang kepada pembangunan pendidikan di negeri itu berdasarkan lipatan sejarah sepanjang pembangkang memerintah untuk tempoh empat tahun ini.

"Mereka sanggup runtuhkan asrama Yayasan Selangor demi kepentingan untuk jual tanah Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan kini nasib pelajarnya seolah-olah tiada pembelaan.

“Tindakan mereka itu seperti menafikan hak dan peluang pendidikan yang selama ini diperjuangkan Yayasan Selangor terutama untuk anak-anak luar bandar, mereka juga berdosa dengan rakyat Selangor kerana menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri itu,” katanya.

Untuk rekod Khalid pada Februari lalu berkata, kerajaan negeri bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Unisel.

Katanya, institusi milik kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di negeri itu.

Bagaimanapun keadaan bertambah mencurigakan apabila dalam kelantangan Khalid mahu mengumumkan kedudukan kewangan universiti terbabit dan meuwar-uwarkan mempunyai simpanan sebanyak RM1.9 bilion selama ini, kini Khalid membuat lagi satu kejutan untuk mencairkan aset bernilai RM30 juta dengan mengapungkan aset hartanah seluas 500 ekar. - Antarapos

Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Daerah Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 13 JUN - Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, merasmikan majlis sempena Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Daerah Kuala Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup, Kuala Selangor disini, hari ini.

Sebelum itu, dimajlis sama Datuk Seri Hj Noh telah memberikan penghormatan kepada perbarisan wakil guru-guru daripada seluruh sekolah dalam daerah Kuala Selangor.