Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, June 13, 2012

SEKITAR CERAMAH PERDANA ISU SEMASA - ROADSHOW T.I.B.A.I. DI TANJUNG KARANG.

TANJUNG KARANG, 13 JUN - Lebih seribu yang datang bagi mendengar Ceramah Perdana Isu Semasa dalam Roadshow T.I.B.A.I. yang berlangsung di perkarangan pejabat Adun Permatang, Tanjung Karang disini, malam semalam.

Datuk Seri Hj. Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, bersama YB Tn. Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, Adun Permatang, serta barisan kepimpinan UMNO Bahagian Tanjung Karang turut bersama mendengar ceramah yang disampaikan oleh panel-panel kumpulan T.I.B.A.I.