Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, June 11, 2012

Pertikai Projek BN - Pemimpin PAS Tak Tau Malu

TANJONG KARANG, 10 JUN – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan kenyataan pemimpin Pas yang disifatkan tidak tahu malu kerana hanya berani mempertikaikan projek yang dijalankan oleh Barisan Nasional (BN).

Noh berkata, kenyataan dikeluarkan Naib Yang Dipertua Pas Tanjong Karang, Misran Serman dalam akhbar milik Kerajaan Negeri terhadap pembinaan jambatan alternatif itu tidak berasas.

Menurutnya, Misran mengetahui bahawa projek terbabit masih dalam tempoh pembinaan dan dijangka siap pada 7 Julai 2012.

"Kenapa perlu mendesak mahu projek itu dipercepatkan?. Pembinaan jambatan ini bukan semudah membina papan tanda.

"Perlu ikut peraturan sedia ada dan tidak boleh bertindak sesuka hati kerana jambatan terbabit bakal digunakan semua orang," katanya ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin Pas yang mempertikaikan projek pembinaan jambatan kedua di sempadan Sawah Sempadan dan Sungai Burong, di sini.

Noh berkata, sekiranya ingin mempersoalkan kerja pembinaan jambatan terbabit lewat siap atau tidak, Misran perlu menunggu tempoh pembinaan tamat dan bukannya sekarang.

“Inilah cara pemimpin Pakatan Rakyat yang suka publisiti murahan. Semua projek dibawa BN dipertikaikan sedangkan perubahan apa yang Kerajaan Negeri bawa untuk rakyat?

“Kita tanpa disuruh sudah membuat beberapa projek dan bantuan untuk kepentingan rakyat,” katanya ketika hadir pada Program Walkabout di Kampung Sungai Yu dan mengunjungi tujuh rumah warga emas sakit terlantar yang diiringi Skuad Sayang serta pemimpin kampung, kelmarin.

Terdahulu, pembinaan jambatan baru bagi menggantikan jambatan lama yang menghubungkan kawasan Sawah Sempadan dan Sungai Burong di sini perlu disiapkan dengan segera oleh kontraktor nbertanggungjawab.

Kebanyakan kenderaan yang melintasi jambatan lama tersebut mengalami kesulitan kerana hanya memuatkan satu-satu kenderaan sahaja pada satu-satu masa.

Dalam kenyataannya Misran berkata, seharusnya projek pembinaan jambatan baru itu dimulakan sejak dahulu lagi kerana ia adalah laluan penting untuk petani dan penduduk.

Misran yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berkata, Noh selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang seharusnya peka dengan masalah dihadapi penduduk setempat itu.

“Beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, sepatutnya projek ini tidak mengalami sebarang masalah seperti lewat siap pada tempoh ditetapkan,” katanya.- SinarOnline

Seminar Ke Arah Jutawan Tani 1Malaysia Parlimen Tanjong Karang.

TANJUNG KARANG, 10 JUN - Datuk Seri hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, telah merasmikan Seminar Ke Arah Jutawan Tani Parlimen Tanjong Karang yng diadakan di mini dewan One Plaza, Kuala Selangor disini, hari ini.

Datuk Seri Noh lawat rumah mangsa yang mengalami kerosakan akibat dilanda ribut.

TANJUNG KARANG, 10 JUN - Pemimpin yang prihatin dan sentiasa berusaha membantu terhadap musibah yang menimpa rakyat. Walaupun sibuk, beliau tetap dapat melapangkan masa untuk turun dan melihat sendiri masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyatnya, terutama di Kawasan Parlimen Tanjung Karang.

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, bersama ADUN Sungai Burong dan ADUN Permatang serta beberapa kepimpinan bahagian, melawat rumah-rumah mangsa ribut yang melanda di kawasan Blok J Sawah Sempadan, Tanjung Karang disini, malam semalam.

Kebanyakan rumah yang terlibat mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan ribut dan angin kencang. Lawatan Datuk Seri Noh tadi pagi, bagi melihat sendiri kerosakan dialami dan jumlah serta bentuk bantuan peruntukan yang diperlukan bagi menanggung kos membaikpulih kerosakan rumah mangsa di sekitar kawasan Sungai Burong dan Permatang. Dengan adanya bantuan seperti ini dapat mengurangkan beban dan kesedihan mangsa-mangsa yang terlibat.

Dianggarkan hampir seratus buah rumah yang terlibat mangalami kerosakan akibat ribut yang melanda di Tanjung Karang, malam semalam. Kawasan yang paling banyak jumlah rumah yang terlibat adalah di kawasan Sungai Burong dan beberapa buah rumah lain di kawasan Permatang.