Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, June 2, 2012

RM1.95 juta untuk 611 penerima.

SUNGAI TERAP - Sebanyak RM1.95 juta diperuntukkan untuk bantuan ekonomi bantuan ekonomi kecil pertanian dan peralatan berbentuk mesin kepada 611 penduduk di Parlimen Tanjong Karang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Sulaiman Abd Razak berkata, bantuan itu meliputi 111 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan jumlah RM411,500 serta 446 petani dengan jumlah RM1,118,500.

"45 penerima lagi dalam bidang perikanan menerima bantuan berjumlah RM372,000 dan penternakan pula menerima bantuan RM47,000 sekali gus membantu mereka mengembangkan perusahaan masing-masing.

"Peserta juga diberi pendedahan dan seminar dalam Program Seminar Keusahawanan Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) Tanjong Karang yang dikendalikan penceramah jemputan, Dr Ann Wang Seng.

"Seminar ini penting bagi memupuk semangat peserta supaya lebih berjaya dalam bidang yang diusahakan ditambah dengan bantuan yang disalurkan kerajaan untuk kemudahan mereka," katanya.