Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, May 13, 2012

Konvoi Ulang Tahun UMNO KE-66 Gabungan Kelab Warisan Tanjong Karang Dan Pemuda UMNO Tanjung Karang.

Konvoi bermotorsikal sempena Ulang Tahun UMNO yang Ke-66 dari Tanjung Karang ke Templer Park anjuran gabungan Kelab Warisan Tanjong Karang bersama Pemuda UMNO Tanjung Karang, disertai ramai kalangan anak muda dan kelab motorsikal berkuasa tinggi.

Saudara Maruwan Ahmad, Pengerusi Kelab Warisan Tanjong Karang,  memberi taklimat kepada peserta-peserta konvoi.

Manakala Tuan Hj Mohammad Khir Bin Hj Ramli, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang,  membacakan doa sebelum peserta konvoi berlepas ke templer park, pada pagi tadi.

Program SERANG di Parit 3 Sungai Burong, Tanjung Karang.

13/05/2012 - Program SERANG Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang, menerima sambutan daripada golongan muda serta penduduk sekitar Kampung parit 3 Sungai Burong, Tanjung Karang.

Saudara Budiman, selaku Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor, turut hadir bagi menyampaikan ceramah berkaitan salah guna kuasa kerajaan negeri selangor dalam Program SERANG di sini, malam tadi.

Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Karang bersama Ahli Jawatankuasa Pergerakan itu, turut sama hadir dan duduk bersama dengan orang ramai yang hadir di Program SERANG ini untuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Isu Kuil & Tanah Kubur - Penduduk Ijok Berdemo Bantah Khalid Ibrahim.

IJOK 13 Mei - Lebih 100 penduduk Ijok hari ini berhimpun membantah tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merampas kemudahan penduduk Simpang Ijok seperti Kuil, tanah wakaf perkuburan, tempat rehat dan padang bola.

Wakil mereka, Tee Bok Wong berkata kerajaan negeri telah melanggar janji mereka yang sebelum ini berjanji untuk memelihara kemudahan-kemudahan penduduk.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia Ijok berkata, kerajaan negeri lebih mementingkan kepentingan pemaju daripada masyarakat di situ.

"Hari ini kami berhimpun menuntut Khalid untuk menunaikan janji yang dibuat Pakatan Rakyat. Kami hanya mahu supaya kemudahan kami tidak dirampas. Itu sahaja," katanya.

Perkara itu dipersetujui oleh Penasihat Kuil Pekan Ijok, Ratnam Subramaniam.

Katanya, di dalam kempen pilihanraya umum yang ke-12, Pakatan Rakyat telah menyatakan bahawa padang bola dan kemudahan lain tidak akan dirampas.

Pembangkang ketika itu katanya, turut menghasut pengundi-pengundi di kawasan itu kononnya Barisan Nasional yang akan merosakkan kemudahan-kemudahan tersebut dan meminta mereka jangan mengundi Barisan Nasional.

"Mereka (Pakatan Rakyat) minta jangan sokong BN dan berjanji sekiranya menang mereka akan memastikan pengambilan bola, kuil dan sebagainya tidak akan berlaku. Tapi janji hanya tinggal janji. Janji tidak ditepati sebaliknya Menteri Besar memberi sokongan kepada pemaju untuk teruskan buat pembangunan.

"Kuil Sri Subramaniam yang dibina pada tahun 1978 juga mahu dirobohkan.

"Malah kami difahamkan Khalid telah meluluskan tanah yang berhampiran tanah pembangunan tersebut, di mana sepatutnya tanah itu adalah tanah wakaf bagi pembesaran tanah perkuburan Kampung Ijok sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor," katanya.

Hal itu disokong oleh bekas nazir Masjid Nurul Iman, Haji Affandi Dahalan.

"Oleh itu kami meminta Menteri Besar jangan pindahkan padang bola tersebut, jangan robohkan tempat rehat komuniti, jangan robohkan kuil dan serahkan semula tanah yang sepatutnya diwakafkan untuk kegunaan masjid Kampung Ijok bagi pembesaran tanah perkuburan," kata Affandi.

"Sekarang ini kami amat dukacita serta bercampur marah kerana pembangunan tetap dijalankan juga," tambah beliau.

Menurutnya, satu memorandum akan dihantar ke pejabat Menteri Besar dalam masa terdekat.