Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, May 10, 2012

Geram rugi masa Bersih 3.0...peniaga pacak gerai burger depan rumah Ambiga

Jangan ingat awak seorang saja boleh suka hati buat demo menyusah dan jejaskan periuk nasi orang lain.

Sebagai tanda protes seorang peniaga burger yang terjejas pendapatan masa demo Bersih 3.0 pada 28 April lalu pacak gerai burger di depan rumah bos Bersih,Datuk s Ambiga di Bukit Damansara,Kuala Lumpur.

Peniaga itu adalah salah seorang dari empat wakil peniaga sekitar kawasan terlibat demo Bersih yang menyertai protes selama hampir sejam di situ mulai jam 2 petang Khamis.

Protes itu dinaungi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) IKLHAS yang hendak menyampaikan memorendum kepada Ambiga bagi menuntut ganti rugi dan minta maaf darinya atas kerugian dialami oleh para peniaga kerana demo anjuranya.
Mereka dapat bertemu dengan Ambiga yang kebetulan ada di rumah waktu itu.

Para peniaga mahu Bersih membayar ganti rugi yang dialami semasa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Presiden IKHLAS memberitahu gerai burger itu dipacak di depan rumah Ambiga sebagai lambang untuk membela nasib peniaga sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat demo Bersih.

Ambiga bagaimanapun mahu mereka membawa hal itu ke mahkamah.

Katanya beliau hanya akan penuhi tuntutan mereka jika mahkamah memutuskan demikian.

Boleh percaya ke?...Namun ini yang dikata oleh Ambiga sendiri pasal protes itu.Beliau anggap ia tindakan tidak matang kerana ganggu ketenteraman beliau dan jirannya.

Cantik sekali ayat dari penganjur himpunan yang cetuskan kekecohan dan gugat keamanan sekitar Dataran Merdeka dan jalan-jalan sekitarnya.

Sebelum itu keadaan agak tegang sikit bila ada wanita geng Ambiga nak tunjuk marah pada tindakan protes itu.

Semasa protes itu burger yang dimasak telah diedarkan kepada sebahagian mereka yang hadir termasuk wartawan.

Wakil peniaga dan IKHLAS telah bersurai menjelang jam 3 petang tidak lama selepas bertemu Ambiga.

30% Atas Pagar - UMCEDEL Kenalpasti hampir 50% Pengundi Pro BN.

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) mengenalpasti seramai 49% rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi bakal memilih Barisan Nasional (BN) untuk kekal mentadbir Kerajaan Pusat di Negara ini.

Keputusan hasil analisis ini juga menggambarkan peluang Pakatan hasil kerjasama DAP, PKR dan PAS dalam merampas Kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) agak tipis dengan jumlah sokongan pengundi sekadar 21% sahaja.

Manakala tinjauan UMCEDEL juga telah mendapati sejumlah 30% pengundi masih tidak pasti untuk memilih parti pilihan di kawasan masing-masing seterusnya memimpin Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum akan datang. Sebelum ini, Merdeka Center turut membuat analisis hasil tinjauan yang dilihat memihak kepada BN pada PRU13 kelak. Hasil kajian mendapati kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi faktor pendorong peningkatan sokongan berbanding PRU12 yang lalu.

Tinjauan mendapati, di peringkat persekutuan, BN mendapat sokongan 49 peratus, Pakatan 21 peratus manakala 30 peratus lagi tidak pasti.