Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, April 19, 2012

VIDEO.!!! - PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA TANJUNG KARANG

Lebih 5000 orang yang datang dari 33 PDM Parlimen Tanjung Karang, 16 daripada DUN Sungai Burong dan 17 DUN Permatang termasuk orang ramai hadir ke Pelancaran Jentera Pilihanraya Tanjung Karang bertempat di Dataran Astaka Dewan Dato' Hormat, Tanjung Karang Pada 13/04/2012.

Pelancaran Jentera Pilihanraya Tanjung Karang telah disempurnakan oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional turut sama Datuk Seri Hj. Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani selaku Ahli Parlimen Tanjung Karang, YB Dato' Hj. Samsudin Hj. Lias, ADUN Sungai Burong dan YB Hj. Sulaiman Razak, ADUN Permatang serta pemimpin-pemimpin tertinggi parti dan sayap parti Barisan Nasional Parlimen Tanjung Karang.













Politik Dendam Kerajaan DAP Selangor Memakan Diri Khalid Ibrahim

Tidak dapat disangkal bahawa mutakhir ini Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Dato Noh Omar agak lantang dan kerap menimbulkan isu-isu yang mengganggu gugat kerajaan negeri Selangor.

Kritikan Noh Omar telah menjadikan SELCAT — yang mahu dipersembahkan kerajaan negeri kepada rakyat sebagai contoh ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran baik — terdedah sebagai hanya wayang kulit atau mesin basuh baju untuk bersihkan pemimpin dan kakitangan pro PR yang tidak cekap, salahguna kuasa dan rasuah.

Banyak lagilah pendedahan Noh Omar mengenai rampasan tanah, penipuan akaun, lombong pasir, murtad, penderhakaan terhadap Sultan, dan banyak lagi yang lain-lain.

Sebagai kerajaan negeri yang mengaku diri mereka sebagai juara demokrasi sepatutnya menerima teguran dengan baik sesuai dengan semangat demokrasi. Setiap isu seharusnya dikaji dan jika sahih, ianya diperbetulkan.

Ini tidak.

Mereka lebih berusaha untuk cepat dan segera untuk berpropaganda dalam memutarbelit isu dari mengkaji dan menyiasat isu yang ditimbulkan. Kadang kala, putarbelit bukan setakat menutup malu tetapi untuk membolehkan program menyamun diteruskan.

Masaalah perlonbongan haram pasir masih berleluasan hingga unjuran pendapatan yang dijangka jauh dari pencapaian. Bersama penangkapan SPRM terhdap Kastam yang membantu penyeludupan pasir, ianya petunjuk jelas berlaku ketirisan besar.

Mereka ungkit kata bawah BN pendapatan pasir sikit. Betul tetapi yang tidak diberitahu adalah BN tidak pentingkan perlombongan pasir sebagai pendapatan negeri dan ianya dilakukan atas tanah private.

Terima kasih tidak diharap dari kerajaan yang terbangun dari budaya demostrasi, semangaat anti establishment, penentang institusi kenagaraan dan politik jalanan yang tidak beradab, bersopan dan bertamadun.

Namun begitu, akibat kelantangan Noh Omar, nampaknya satu sikap berdendam pula yang dilihat datang dari pihak kerjaan negeri.

Peribadi dan kekeluargaan Noh Omar dicungkil. Gambar Noh dan anak-anak bersama disatu Majlis untuk bersantai disebarkan seolah-olah Noh sedang bersama gundik atau call girl.

Usaha Noh untuk membina jeti dan rumah nelayan di atas tanah LKIM disabotaj. PBT diarah kacau projek tersebut. Gangster seramai 70 dihantar untuk mengugut Cina-Cina nelayan supaya akur dengan kehendak mereka dengan cara mahu diroboh kuil mereka.

Kini keluar pula fitnah bahawa UMNO Tg Karanag jual tanah hakmilik kerajaan negeri di media mereka. Apa masalahnya sini untuk sesuatu orang perseorangan atau NGO atau pun parti politik menjual atau membeli aset dalam urusan kegiatan atau pelaburan mereka?

UMNO Tg Karang mendapat tanah mengikut prosedur yang sama seperti orang lain. Apabila perlu, mereka membayar premium tanah. Tak tahu bab UMNO TG Karang jual tanah tersebut tetapi kalau ianya boleh dilakukan atas apa sebab dan keperluan Bahagian parti politik itu, apa salahnya.

Menurut Nasa Khan, AJK Lajnah Guaman PAS Pusat, sebahagian tanah kepunyaan UMNO Bahagian dan bukan kepunyaan kerajaan seperti dikatakan penuduh akan dijual dan wang itu akan diguna untuk bina bangunan untuk UMNO Tg Karang.

Adakah ada undang-undang yang dilanggar? Di Kota Baru pun, Nik Aziz tidak ada beri halangan, malah memberi tanah untuk UMNO Kota Baru bina bangunan sebelum dilelong oleh Dato Zaid Ibrahim.

Ini semua mungkin hanya permainan silap mata politik yang dibuat untuk membina persepsi buruk terhadap BN sebelum pilihanraya. Tuduhan yang belum pasti salah betulnya dijaja sana sini. Lepas pilihanraya, boleh dijangka ianya akan senyap dan sunyi begitu saja. Malahan laporan SPRM pun tiada dibuat.

Dari PAS sibuk membantu propaganda bodoh PKR dan menyampaikan dendam Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan pencacainya seperti Dato Teng Chiam Kim dan Ronnie Liu, lebih elok PAS siasat isu-isu tanah yang lebih melibatkan rakyat.

Oleh kerana PAS sudah diketepikan rakan politik mereka dalam Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dan hanya layak pada kacamata DAP dan PKR untuk jaga adat dan sukan, eloklah mereka siasat apa rakan mereka lakukan dalam kerajaan.

Siasat apa terjadi terhadap tanah rakyat dan GLC negeri di TKPM, YBK, Yayasan Selangor, padang PKNS, dan lain-lain lagi menunggu masa untuk muncul. Ini lebih melibatkan rakyat.

Kata PAS tu parti kebajikan dan percaya kuasa rakyat. Kotakanlah kata-kata tu dan jangan jadi ejen dendam seorang yang susah nak bercakap dengan sempurna.

Sumber - sel13

Lengahkan p'raya kerana Pakatan belum tunaikan janji

KUALA LUMPUR - Keputusan Pakatan Rakyat yang mahu kerajaan negeri Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat tidak mengejutkan kerana banyak janji-janji yang ditabur belum ditunaikan, kata beberapa ahli parlimen Barisan Nasional.

Bagi ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai pertimbangan politik yang tersendiri berikutan pada masa ini, penduduk, khususnya di Selangor lebih menyakini kepimpinan BN yang lebih mengutamakan agenda rakyat berbanding agenda peribadi pemimpin Pakatan.

“Kalau Pakatan ingin melengahkan pilihan raya di Selangor itu menunjukkan mereka mempunyai agenda yang belum selesai, janji mereka yang tidak tercapai dan bagaimana usaha mereka perlu dibuat lagi untuk mengukuhkan jentera mereka yang agak kucar-kacir sekarang ini, prestasi yang begitu buruk oleh kerajaan di Selangor.

“Jadi banyak isu yang belum selesai itu antara sebab saya kira kenapa mereka mahu melengahkan pilihan raya di Selangor kerana itu menunjukkan bahawa kalau dibuat dalam masa terdekat parlimen, mereka (pembangkang) akan kalah di Selangor kerana seperti yang kita tahu rakyat Selangor sedang menunjukkan keyakinan dan menunjukkan pola sokongan kepada Barisan Nasional,” katanya.

Anwar hari ini selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen mahu DUN Selangor tidak dibubarkan serentak dengan pengumuman kerajaan pusat atas alasan kononnya daftar pemilih perlu benar-benar bersih.

Bagi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, Anwar terdesak membuat arahan itu kerana tidak yakin Pakatan mampu mengekalkan kuasa mereka di Selangor.

“Dulu semasa Pakatan Rakyat menang di Selangor, saya kira berdasarkan pada senarai pilihan raya yang disediakan oleh SPR dan tidak ada timbul soal bersih ke atau tidak bersih, mereka sudah menang, jadi barangkali masa itu kita anggap bersihlah bila sudah menang.

“Jadi saya kira ini hanyalah gimik politik sahaja jadi mereka melambat-lambatkan pilihan raya negeri supaya mereka terus mahu memegang dan menerajui negeri,” katanya ketika ditemui di parlimen tadi.

Awang Adek selain itu berkata tindakan melenggahkan pilihan raya turut akan menambahkan kos perbelanjaan kerana negara terpaksa mengadakan dua kali pilihan raya bagi menentukan pucuk pimpinan pentadbiran negara.

“Saya rasa rakyat akan melihat ini sebagai satu usaha yang merugikan kewangan negara sampai perlu adakah pilihan raya dua kali yang mana sebenarnya boleh dilakukan sekali sahaja.

“Jadi saya rasa rakyat boleh memikirkan dan kira akhirnya rakyat akan menghukum dan buat masa ini percakapan atau perkiraan politik tidak penting kerana apa yang pentingnya ialah rakyat akan membuat penilaian dan membuat keputusan dalam pilihan raya,” katanya.

Malah menurut beliau tidak menghairankan atau mengejutkan pada saat-saat akhir sekiranya Pakatan membuat keputusan menarik semula hasrat mereka yang mahu menangguhkan pilihan raya.

“Jadi kalau hendak tunggu tiga bulan ke atau empat bulan ke tiada bezanya. Jadi saya rasa bagi saya ini adalah gimik politik sahaja dan kerana akhirnya mereka akan terus mengadakan pilihan raya pada masa yang sama kononnya mereka akan mengatakan mereka berbincang semula dan bersetuju kerana kesan negatif adalah lebih besar sekiranya kerajaan Pakatan di Selangor ini mengadkan pilihanraya yang berlainan,” katanya.

Sumber - AntaraPos