Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, April 13, 2012

Jentera pilihan raya perlu jadi cermin parti - Tengku Adnan

TANJUNG KARANG - Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) diseluruh Selangor bertanggungjawab mengatur gerak kerja meyakinkan rakyat agar mereka kembali memberi mandat kepada parti itu untuk mengemudi negeri itu.

Setiausaha Agong Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu jentera pilihan raya ini juga harus menjadi cermin kepada rakyat bertapa kerajaan BN hari ini jauh lebih sensitif terhadap masalah yang membelit mereka.

Beliau kemudiannya menambah, jika jentera pilihan raya itu agresif menjayakan apa jua trasformasi yang direncanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mampu kembali berada dihati rakyat.

"Pasti ada puncanya. Barangkali kita telah menjadi kerajaan terlalu lama, barangkali kita lupa diri, barangkali kita lupakan rakyat, barangkali kita rakus, barangkali kita lakukan perkara-perkara yang menyinggung hati rakyat.

"Namun, dengan adanya Perdana Menteri kita sekarang yang ingin terus merubah nasib dan pemikiran rakyat, dan kalau kita akur dengan saranan beliau, Insya-Allah Barisan nasional mampu menawan kembali kerusi-kerusi yang kalah," tegas beliau.

Tengku Adnan kemudiannya menggesa kesemua jentera pilihan raya samaada di kawasan DUN atau Parlimen menjadikan Parlimen Tangjung Karang sebagai contoh terbaik dalam usaha mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kenapa Selangor jatuh ke tangan pembangkang? Tiap-tiap yang berlaku pasti ada sebabnya.Saya berharap agar kawasan-kawasan yang lain ikutlah cara Tanjung Karang agar menang dan mampu menawan kembali Selangor.

"Panggillah kawan-kawan kita dari 19 kawasan ini (naungan pembangkang) datang dan belajar dari Tanjung Karang bagaimana kita boleh rampas kembali kerusi-kerusi yang telah kita kalah," katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional (BN) Tanjung Karang, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Pengerusi Barisan Nasional Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam pada itu, Tengku Adnan mengesahkan menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara
berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.

"Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad," katanya lagi.

PEMAJU ROBOHKAN TOKONG DI KUALA SELANGOR! KERAJAAN SELANGOR TENGOK JER..???

Kekecohan yang berlaku petang tadi di Kampung Pasir Penambang, Kuala Selangor adalah berpunca dari pemaju di kawasan terbabit yang berkeras mahu merobohkan sebahagian bangunan milik Tokong Cina berdekatan.

Menurut penduduk tempatan, bangunan yang mahu dirobohkan amat penting bagi komuniti Tokong berkenaan.

Beberapa perbincangan telah dibuat dan telah mendapat persetujuan kedua-dua pihak berkaitan penempatan semula dan pampasan tetapi setelah pembinaan bermula atas tanah berkenaan, janji-janji tersebut telah dimungkiri.

Lanjutan itu, penduduk tempatan dan komuniti tokong telah menentang pemaju yang mahu merobohkan rumah ibadat mereka.

Kekecohan bermula apabila pihak pemaju membawa lebih 70 orang samseng bagi menakutkan penduduk.

Kejadian berjaya dikawal oleh pihak polis dan Pasukan Simpana Persekutuan (FRU) dan sehinga petang tadi mereka yang terlibat berjaya disuraikan.

Wakil dari kerajaan Barisan Nasional, YB Tuan Hj. Sulaiman Bin Abdul Razak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang turut hadir bagi mendengar permasalahan yang berlaku.

Dimana wakil Kerajaan Negeri Berkebajikan dan kaitan mereka dalam kejadian ini akan saya bawakan dalam laporan selanjutnya... Tungguuuu....

PEMIMPIN CINA PENANG DEDAH GUAN ENG HASUT BUDAK SEKOLAH BENCI ORANG MELAYU???

Pegawai Penyelidik Biro Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang David Yim Boon Leong menyelar tindakan Lim Guan Eng yang mengamalkan budaya Rasis malah seumpama Penjajah British menerusi Ucapan Ketua Menteri DAP itu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Negeri tersebut.

Guan Eng dakwa beliau telah menghasut para pelajar sekolah agar tidak membaca akhbar berbahasa Melayu di Negara ini.

“Dia memang ada membuat ucapan sedemikian rupa apabila berkata dia tidak akan mengeluarkan peruntukan kepada sekolah yang mahu melanggan akhbar Berita Harian dan juga Utusan, melainkan Sinar Harian sahaja.

“Walaupun nampak kecil, sebenarnya ia sesuatu yang berunsurkan perpecahan. Hanya pada zaman British sahaja mereka mengasingkan kaum Cina, India dan Melayu.

“Tetapi pada zaman kini, kita tidak boleh lagi berbuat sedemikian seperti British, ia bukanlah perpaduan sebaliknya hanya pengasingan dan perpecahan,” katanya dalam laporan akhbar2 tempatan.

Yim berkata, seharusnya sebagai ketua menteri, yang juga pemimpin utama di negeri itu perlu mempromosikan perpaduan antara kaum.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana ia diumumkan secara terus terang kepada pelajar dan ibu bapa serta guru.

“Memang dalam ucapannya, nada Guan Eng seperti membuat lawak, tetapi bagi kami kenyataanya itu seperti satu ugutan apabila mereka (sekolah) hendak beli akhbar berkenaan tetapi dia tidak akan diberikan peruntukan,” katanya.

Bravo David Yim Boon Leong. Jika kesemua Pemimpin mengamalkan prinsip sebegini, percayalah, Malaysia bakal dijulang dunia sebagai sebuah Negara paling maju menghidupkan Perpaduan Kaum yang utuh.

Sumber - Gelombang Rakyat