Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, April 9, 2012

Sejarah komunis di Selangor

Rahmat Serangan Jepun
Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Patani dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.

Serangan Jepun 1941-1945 merupakan ' rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.

Pada Mac 1942 , hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman , seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor , Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

Rejimen Menuntut Kemerdekaan yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. ( First Independent Regiment ). Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India , walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Melayu , Cina dan India. [...baca selanjutnya]

TERIMA KASIH BN - Bantuan daripada Kerajaan BN sebanyak RM3000 kepada bekas anggota polis yang berkhidmat semasa darurat.

Bantuan daripada Kerajaan BN sebanyak RM3000 kepada setiap daripada 72,000 orang bekas anggota polis yang berkhidmat semasa darurat akan selesai diagihkan Jun ini.

Inilah tanda kerajaan BN menghargai keringat darah para pejuang tanah air yg terdahulu.

Kepada para pejuang yg telah 'terkorban', semoga roh diberkati. Al-fatihah

PRU-13 BN sedia 'bertempur' di alam siber.

Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.

''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang, Bagan Datoh, semalam.

Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjung Karang 2012

Tanjung Karang, (31/03/2012) - Karnival Mesra Belia 1Malaysia anjuran Parlimen Tanjung Karang iaitu dibawah selian Dato Seri Hj.Noh Bin.Hj.Omar dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, JBSN Selangor dan PBSD Kuala Selangor telah diadakan dua hari bermula 30 Mac telah menerima sambutan yang menggalakkan dari penduduk Kuala Selangor.

Pelbagai pengisian aktiviti diadakan bermula jam 7 pagi hingga 12 malam bertempat di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjung Karang. Diantara aktiviti yang dijalankan seperti pameran dari agensi kerajaan dan swasta, paintball, paramotor, berbasikal keliling kampung, indoor games, pertandingan cybergames, senamrobik,acara sukan, perbarisan, ceramah agama dan banyak lagi.

Karnival seperti ini sememangnya amat bermanfaat terutama kepada penduduk setempat dalam mendapatkan maklumat dan menimba pengetahuan baru.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan juga sempat meluangkan masa bersama penduduk setempat dan belia-belia dalam perlawanan bola sepak persahabatan. Diakhir karnival ini penduduk setempat di sajikan dengan konsert yang melibatkan artis-artis terkenal seperti Kumpulan Kristal,Mawi,Mila,Faizal, Zizi, Kumpulan Bunkface dan lain-lain.