Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, April 5, 2012

Judi Lulus Kerana Itu "Keperluan Rakyat" Kata PAS...???

Dulu pas maki bn kerana meluluskan judi bola, walhal itu baru di peringkat perangcangan, riauh pas dok maki umno/bn dengan bermacam-macam makian.

Tapi hari ni, kenapa pas diam bila bila sekutunya pkr dan dap meluluskan judi di selangor dan tidak berhasrat untuk sekat aktiviti itu...

Mungkin Pas akan kata 'itu keperluan rakyat" - darulehsantoday

PKR gagal mengiktiraf sumbangan Majlis Belia Selangor (MBS)

KUALA SELANGOR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah gagal mengiktiraf sumbangan Majlis Belia Selangor (MBS) apabila mengenakan kadar sewa mahal untuk majlis itu beroperasi di Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau berkata MBS ialah sebuah pertubuhan sukarela dan tidak mempunyai sumber kewangan banyak untuk membayar kadar sewa yang tinggi.

"Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor amat rakus, tamak dan mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata dari segi kewangan.

"Kerajaan Selangor seolah-olah tidak mengiktiraf MBS memandangkan MBS yang memperjuangkan pembinaan kompleks ini ketika pemerintahan terdahulu untuk mengumpulkan pentadbiran belia di seluruh Selangor.

"Sebab itulah BN (Barisan Nasional) membuat kompleks ini dan tidak mengenakan apa-apa sewa terhadap pertubuhan belia seperti MBS ketika itu untuk duduk di dalam kompleks kerana hendak memberikan pembelaan terhadap kaum belia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga MSSD Ke-40 di sini, Isnin.

Noh mengulas tindakan syarikat pengurusan MSNS Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Selangor yang menaikkan kadar sewa sehingga 300 peratus bagi premisnya di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.

Timbalan Presiden MBS Badrul Hisham Badrudin berkata MSNS menghantar surat pada awal tahun ini memaklumkan menaikkan kadar sewa daripada RM1,977 sebulan kepada RM5,280 berkuat kuasa Januari.

Sejak 2001, katanya MBS tidak perlu membayar sewa bagi premis di tingkat empat dan lima.

Noh yang merupakan Setiausaha Gerakan Belia 4B Selangor pada 1990-an berkata kerajaan negeri Selangor juga telah mengenepikan peranan yang dimainkan MBS dalam menubuhkan satu lagi badan belia dikenali Penggerak Belia Negeri Selangor.

"Bila ini berlaku, MBS seolah-olah diketepikan dan tindakan ini memecahbelahkan belia-belia dalam negeri Selangor. Kerajaan Selangor sepatutnya mempereratkan hubungan pertubuhan-pertubuhan belia."

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mendedahkan kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri, Universiti Selangor.

Beliau juga mendakwa mempunyai laporan audit semasa universiti itu. - BERNAMA

Kurang Ajarnya Ng Suee Lim Dengan Pembasmian Murtad.!!!

Memang ADUN Sekinchan seorang peknga – orang Kedah kata lempeng – yang cukup jahat hati perutnya. Sudahlah dia berjahat dan melakukan hasutan di kawasan yang telah menjadikan dia sebagai wakil rakyat agar penduduk menentang semua usaha Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Pertanian untuk mempertingkatkan hasil ladang masing-masing bagi membolehkan kaum kroni DAP ‘merampas’ tanah bendang bagi tujuan pembangunan hartanah, sekarang ADUN yang pernah melanggar seorang pelajar Melayu sehingga koma ketika dia memandu dalam keadaan mabuk, cuba memperlekeh-lekehkan usaha pembasmian murtad selain memerangi golongan yang cuba memurtadkan umat Islam.

Dalam satu kenyataannya memperlekehkan usaha Hasan Ali yang menerangkan tentang susah payahnya dalam sepanjang dia menjawat jawatan Exco Agama Islam kerana ditentang dan dihalang oleh DAP, Ng Suee Lim mendakwa Hasan Ali sebagai BUDAK SURUHAN UMNO terutama dalam kes menentang pemurtadan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang dibela oleh DAP dan Pakatan Rakyat Selangor.

ADUN ‘pemandu mabuk’ itu menyatakan Hasan Ali melakukannya kerana FULUS.

Barangkali ADUN Sekinchan itu terlupa bahawa kes DUMC berlaku pada ketika Hasan Ali masih lagi menjawat jawatan Exco. Kes itulah yang menjadi kemuncak kepada kerjaya Hasan Ali selaku Exco Selangor dan kemudian pada malam Tahun Baru apabila dia mengetuai operasi membasmi maksiat di sekitar Selangor, terutama sekali di Shah Alam dan Damansara.

Pakatan Rakyat seringkali menganggap kes-kes pemurtadan sebagai kes-kes terpencil yang tidak perlu dipandang berat atau diberikan perhatian oleh umat Islam. Pelbagai alasan yang mereka telah berikan, termasuklah LIBERALISASI dan PLURALISASI agama. Kononnya dengan mematuhi standard LIBERALISME dan PLURALISME maka negara ini akan lebih dihormati oleh dunia dan Malaysia tidak lagi akan terkebelakang atau mundur.

Suara-suara DAP seperti Ng Suee Lim dalam memperlekehkan usaha-usaha pembasmian atau menghalang kemurtadan, sudah terlalu kerap kedengaran kebelakangan ini. Mereka tidak lagi bersembunyi-sembunyi untuk menyatakan perlecehan tersebut. Sebarang usaha menghentikan usaha memurtadkan umat Islam di Malaysia, pastinya akan mereka tentang.

Dari awal lagi, iaitu semenjak tembelang golongan yang sangat bercita-cita besar untuk menyesatkan umat Islam dan mengeluarkan sebahagian besar umat Islam di negara ini dari Islam, para pemimpin DAP dengan bantuan pemimpin-pemimpin utama PAS berusaha sedaya upaya untuk menutup semua pendedahan tersebut. Malah, paling menarik ialah apabila usaha-usaha melakukan pendedahan tentang kes-kes murtad dihalakan kepada UMNO.

UMNO dipersalahkan kerana mendedahkan usaha-usaha pihak tertentu yang disokong oleh DAP memurtadkan umat Islam!

Ng Suee Lim dengan kenyataannya itu, pastinya akan disokong habis-habisan oleh geng-geng PAS totok dan PKR tetapi bagi umat Islam yang tahu menghargai akidah yang mereka perolehi daripada susah payah dan pahit getir Nabi Muhammad s.a.w serta para Sahabat r.a baginda, tentu sekali perlecehan yang dijalankan oleh Ng Suee Lim merupakan satu gelagat yang tidak boleh lagi dimaafkan.

Paling menarik ialah apabila Ng Suee Lim menggelarkan Hasan Ali sebagai HASAN AKIDAH. Gelaran yang dibuat oleh Ng Suee Lim disambut dengan penuh meriah oleh para pecacai Pakatan Rakyat dan mereka turut sama menulis HASAN AKIDAH dalam blog serta medium masing-masing.

Malangnya, kesemua mereka itu adalah orang Melayu yang mengaku beragama Islam, bahkan mendakwa mereka memperjuangkan Islam!

Jijik sangatkah apabila seseorang itu memperjuangkan AKIDAH umat Islam? Malu sangatkah jikalau persoalan AKIDAH yang telah diperkatakan lebih seribu tahun dahulu oleh Nabi Muhammad s.a.w dan ancamannya pada akhir zaman, cuba dititikberatkan oleh mana-mana pihak termasuklah mereka yang mempunyai fahaman politik yang berbeza?

Apabila seorang Cina bukan Islam seperti Ng Suee Lim memperlecehkan tindakan Hasan Ali dan mengejeknya sebagai HASAN AKIDAH, sememangnya ia sesuatu yang sangat kurang ajar. Dan tidak mustahil juga, orang seperti Ng Suee Lim inilah juga yang menggelarkan AZAN SUBUH SEBAGAI LOLONGAN ANJING GILA pada waktu subuh!!!