Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, March 31, 2012

TERKINI.!!! - Rafizi Ramli Langgar Akta Bank & Institusi.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah melanggar Akta Bank dan Insititusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) apabila beliau dengan secara tidak sah menyebarkan dokumen-dokumen peribadi dan sulit kepada media bagi tujuan disiarkan kepada awam dan penyiaran pada 7 Mac.

Menurut National Feedlot Corporation (NFCorp), sebagai seorang akauntan dan ahli Institute of Chartered Accountants in England and Wales, dan juga ahli Insitutut Akauntan Malaysia (MIA), beliau sepatutnya tahu bahawa undang-undang melarang penyebaran dokumen-dokumen akaun bank peribadi dan sulit kepada awam.

Oleh yang demikian, NFCorp berkata tindakan Rafizi, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar secara kolektif mengadakan sidang media di mana dokumen sulit dan peribadi berhubung akaun serta pengadaran kredit didedahkan secara terbuka, perlu disiasat, dan sehubungan itu mereka wajib didakwa kerana melanggar BAFIA.


Bahagian XIII BAFIA menggariskan:

MAKLUMAT DAN PERAHSIAAN

Sekatan menyiasat secara khusus hal-ehwal pelanggan tertentu.

96. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 43 (2), dan tanpa menjejaskan kuasa-kuasa penyelidikan, pemeriksaan, penyiasatan atau siasatan yang diberi kepada Bank atau kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, tiada apa -apa jua dalam Akta ini boleh :-

(a) membenarkan Menteri untuk mengarahkan Bank; atau

(b) membenarkan Bank, supaya menyiasat secara khusus hal-ehwal mana-mana pelanggan individu mana-mana institusi berlesen.

Perahsiaan. 97. (1) Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen, atau mana-mana biro luaran yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik, oleh institusi berlesen untuk mengusahakan mana-mana bahagian perniagaannya sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau sepanjang tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang kerana apa-apa jua sebab mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada apa-apa jua pun rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apa-apa dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal-ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu institusi itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, menzahirkan, menyiarkan, atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa jua pun maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal atau akaun pelanggan tersebut. Akta A954.

(2) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa maklumat atau dokumen yang pada masa pendedahan itu tersedia ada, atau telahpun tersedia ada, menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain daripada institusi berlesen itu, atau bagi apa-apa maklumat yang berada dalam bentuk ringkasan atau kumpulan maklumat yang diterangkan mengikut apa-apa cara yang daripadanya itu tidak dapat memastikan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana institusi berlesen tertentu atau mana-mana pelanggan tertentu institusi berlesen itu.

(3) Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkannya kepada mana-mana orang lain.


Pada sidang media tersebut, maklumat berserta dokumen-dokumen yang bukan hanya mengenai akaun bank NFCorp, tetapi juga akaun bank syarikat-syarikat berkaitan, termasuk mengenai akuan-akaun bank pengarah-pengarah syarikat telah diedarkan kepada wartawan.

Di bawah Jadual Empat, Seksyen 103, kesalahan melanggar Seksyen 97 (1) dan (3) membawa hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3 juta.

NFCorp juga berkata pihak bank juga perlu disiasat bersabit melanggar BAFIA kerana menyampaikan maklumat sulit pelanggan kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan. - klpos

P/S - Cukup mustahil Akauntan Bertauliah yang mendapat kelulusan dari ICAEW (Institute of Chartered Accountants in England and Wales) dan ahli MIA (Malaysian Institute of Accountants) langsung tidak pernah belajar undang-undang berkaitan dengan BAFIA Act 1989, Akta Syarikat 1965.

Walhal subjek ini adalah mandatori dalam silibus para akauntan yang mahu mendapatkan tauliah dari ICAEW dan MACPA (Malaysian Association Of Certified Public Accountants)!

Ada dua kesilapan paling besar dilakukan Rafizi Ramli dalam kes ini:

1) Sabit kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun dan denda RM3 juta.

2) Lesen perbankan bank-bank berkenaan boleh ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia.


Rasanya Rafizi Ramli tidak mempunyai masalah untuk dipenjara dan membayar denda RM 3 juta ... namun bagaimana pula kepada nasib pekerja dan pelanggan bank jika sekiranya lesen perbankan ini ditarik balik oleh Bank Negara Malaysia?

Rafizi Ramli belum tentu memikirkan sebab dan akibat (repercussion) tindakan yang beliau lakukan.

Eloklah jika sekiranya para pekerja bank yang terpaksa menganggur sementara akibat lesen perbankan bank berkenaan di tarik balik cari Rafizi Ramli ...

Sekolahkan budak Rafizi ni cukup-cukup.

Belum tentu seorang yang mempunyai kelayakan bertauliah sebagai akauntan pandai dan bijak ...