Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, March 22, 2012

Hassan Ali Bidas MB Selangor Isu Murtad


21/3/2012 - Wakil rakyat bebas, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mempertikaikan penjelasan kerajaan negeri yang disifatkan tidak serius dalam menangani gelaja murtad di kalangan umat Islam di Selangor.

Beliau berkata, sikap itu dilihat menerusi penjelasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini yang mana menyatakan akan meletakkan sepenuhnya tanggungjawab menangani masalah itu kepada keluarga dan rakyat.

Katanya, langkah meletakkan penyelesaian masalah itu kepada keluarga dan rakyat bukanlah satu pendekatan yang baik kerana kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk memastikan gejala itu daripada terus berleluasa.

"Saya merasakan tidak berpuas hati dengan penjelasan Menteri Besar (Abdul Khalid) selaku Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam negeri meletakkan kepada keluarga dan rakyat untuk menangani masalah murtad.

"Bagaimana dengan tangungjawab kerajaan negeri. Kerajaan negeri ada kuasa untuk tangani gejala ini, sepatutnya mereka perkasakan juga agensi penguatkuasa agama Islam dengan menambah bilangan anggota.

"Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut mewujudkan sebuah unit khas bagi menangani gejala murtad seperti mana yang dilakukan dalam penguatkuasakan gejala zina, arak dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.4