Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, March 19, 2012

Beri tumpuan pengundi atas pagar

KL - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bekerja lebih kuat dengan memberi tumpuan terhadap kumpulan pengundi yang berada ‘di atas pagar’

Beliau berkata, kumpulan pengundi tersebut tidak harus diabaikan kerana sebahagian besar daripada mereka kini sedang membuat penilaian terhadap parti kerajaan dan pembangkang.

‘‘Walaupun kita tahu di mana kita boleh dapat sokongan dan kita tahu di mana pembangkang hendak dapat sokongan tetapi kita perlu ingat ada sebahagian besar yang belum membuat keputusan.’’

‘‘Mereka sedang menilai kelebihan dan kebaikan di kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan tetapi jangan kita abaikan peranan mereka, jadi usaha kita ialah turun padang dan pergi menemui mereka,’’ katanya dalam ucapan perasmian Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Muhyiddin berkata, usaha menemui kumpulan atas pagar perlu dilakukan segera kerana tempoh masa yang sudah terbatas.

‘‘Tempoh masa yang ada di hadapan kita tidak lama, apa pun keadaan kita tidak mempunyai banyak masa dan dalam tempoh terbatas ini banyak kerja yang kena kita buat,’’ katanya.

Kempen Asalkan Bukan Umno aka ABU Ditentang Blogger KerajaanRakyat Pro-Pembangkang

Asal Bukan Umno (ABU): Kempen songsang berniat jahat terhadap Bangsa Melayu!

Sejak kempen Asal Bukan Umno (ABU) dimulakan, kegilaan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan pentadbiran kerajaan Malaysia seolah berpesta meraikannya. Hampir kesemua blog dan media pro Pakatan Rakyat menjulang kempen tersebut seolah mereka merayakan kejayaan besar bagi negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Apa yang lebih mendukacitakan dan jelas kesongsangannya adalah rata-rata masyarakat Melayulah yang begitu ghairah mendendangkan slogan atau kempen tersebut. Samada di Blog atau di Facebook, kalangan Melayu yang kononnya bersemangat untuk melihat perubahan pentadbiran negara ke arah yang lebih telus, berwawasan, jujur dan cekap telah mempromosikan slogan / kempen Asal Bukan Umno (ABU) tanpa menyelidik agenda jahat disebalik kempen tersebut.

Kerajaan Rakyat akan dedahkan agenda jahat yang telah berjaya disemai olih kelompok manusia songsang ke dalam kotak minda mereka yang menjaja kempen Asal Bukan Umno (ABU) ini. Amat malang Melayu terlalu mudah terpengaruh dengan kempen-kempen songsang seumpama ini! Apa yang jelas, matlamat akhir kempen Asal Bukan Umno (ABU) adalah menjurus ke arah menjahanamkan Bangsa Melayu dan menghakis kefahaman masyarakat terhadap kesucian agama Islam.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Rakyat tidak sama sekali menafikan bahawa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah sebuah parti yang diterajui olih pemimpin Melayu yang membudayakan rasuah, penyelewengan kuasa, pendustaan, pengkhianatan sserta perkosaan terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan Nusa tercinta.

Pendedahan agenda songsang pencipta kempen Asal Bukan Umno (ABU) akan didedahkan di sini dalam sedikit masa lagi.

Salaam Perjuangan
Blog - kerajaanrakyat

Apa cerita pertemuan PM dengan Wanita UMNO Jumaat ini ??

Pertemuan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wakil Pergerakan Wanita UMNO dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Jumaat ini dijangka akan dapat meleraikan beberapa isu mengenai kedudukan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terus menerus cuba dijolok oleh pembangkang.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat UMNO Isnin untuk mengumumkan mengenai pertemuan penting itu,Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menegaskan pergerakan itu tetap utuh dan mantap sekalipun berdepan dengan serangan itu.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Wanita UMNO Datuk Rosni Sohar dan sebilangan Exco pergerakan itu.

Katanya tindak tanduk itu tidak menghairankan kerana pembangkang sangat berhajat untuk melemahkan pergerakan itu melalui apa cara sekalipun.

Menurut Tengku Adnan pembangkang kini cuba sedaya upaya cuba mengambarkan apa saja salah UMNO sedangkan mereka sendiri ‘ hampas’.

Beliau menjelaskan semasa pertemuan di Dewan Merdeka PWTC nanti Perdana Menteri bukan sahaja dijangka menyentuh isu Shahrizat tetapi juga memberi penerangan mengenai pelbagai isu politik semasa.

Ditanya mengenai adanya satu dua suara dikalangan ahli pergerakan Wanita sendiri yang dilaporkan meminta Shahrizat letak jawatan Ketua Wanita UMNO,Tengku Adnan kata mereka tidak wajar menari ikut rentak pembangkang.

Beliau meminta seluruh ahli UMNO berpadu dalam hal ini dan tidak ‘bercakap di luar’.

Setiausaha Agung UMNO itu mengingatkan pada hakikat bahawa Shahrizat cuma isteri kepada Pengerusi NFC sahaja.

Lagipun, Ketua Wanita adalah jawatan yang dipilih menerusi pemilihan dan ini berbeza dengan jawatan menteri dimana beliau dilantik.

Pemandu sebabkan kematian Rafizi dihadap ke mahkamah

KL - Pemandu yang menyebabkan kematian ahli Kelab Basikal Le Tua dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah II dekat Taman Melawati pagi semalam dijangka dituduh di mahkamah hari ini jika Tim. Pendakwaraya menerima kertas siasatan yang telah dilengkapkan.

Ketua Polis Derah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pemuda berusia 20 tahun yang telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam bakal dituduh kerana menyebabkan kematian Rafizi Hamdan, 37, di tempat kejadian pada pukul 7.50 pagi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Muhyiddin Mahu Jentera Sokong Siapa Saja Calon BN

KUALA LUMPUR (18/3/2012) - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) memberi sokongan padu kepada siapa sahaja yang dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya ini kerana kemenangan calon yang dipilih pucuk pimpinan amat bergantung kepada sokongan jentera parti dan apa yang penting ialah kemenangan parti, bukannya calon yang bertanding.

"Bila sampai masanya pucuk pimpinan membuat keputusan siapa calon yang akan diletakkan di kawasan kita, tentulah keputusan itu tidak dibuat dengan terburu-buru dan pastinya ia pilihan yang terbaik.

"Walaupun kawasan itu kawasan yang bukan UMNO, kemenangan rakan-rakan kita dalam BN menentukan kemenangan parti kita walaupun yang bertanding itu MCA atau Gerakan (misalnya), kita harus menyokong parti yang bertanding kerana mereka bertanding atas tiket BN dan kemenangan itu kelak adalah kemenangan BN," katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan (WP), berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihan raya Wilayah Persekutuan di sini.

Berucap di hadapan lebih 3,000 anggota UMNO WP, Muhyiddin berkata memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan dalam waktu terdekat, jentera parti WP juga perlu menggiatkan usaha untuk menemui seberapa ramai pengundi bagi mendapatkan sokongan mereka.

"Yang penting dalam pilihan raya adalah pengundi, pengundi itu adalah raja, pengundi yang menentukan nasib kita. Kekalahan kita yang lalu adalah mungkin kerana pengundi melihat kita tidak berusaha dan tidak mengambil langkah proaktif untuk membela mereka," katanya.

Beliau juga percaya senario politik pada masa ini lebih menyebelahi BN hasil program transformasi yang diperkenalkan kerajaan yang banyak membantu mengurangkan beban rakyat.

"Saya yakin di Wilayah Persekutuan, bukan saja beberapa kerusi yang kita berikan tumpuan boleh menang, tidak mustahil untuk kita memenangi kawasan-kawasan yang dikatakan hitam...tapi dengan syarat kita bekerja lebih bersungguh-sungguh," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata anggota UMNO WP perlu memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama untuk memastikan kemenangan BN.

"Kalau ada masalah, kita harus akui ada masalah dan mesti ambil langkah segera untuk membetulkan kelemahan dan mengenepikan segala perselisihan faham yang wujud antara kita," katanya.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Muhyiddin berkata beliau sudah selesai membuat lawatan ke setiap negeri bagi mengetahui kedudukan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam menghadapi pilihan raya.

"Kami telah diberikan laporan lengkap mengenai perkara itu dan pada umumnya persiapan di peringkat negeri dan bahagian sudah pun ada.

"Cuma yang saya nak tegaskan dalam tempoh beberapa bulan ini kita nak perkemaskan lagi terutama di kawasan tumpuan yang kita fikir kita akan mendapat kemenangan tapi memerlukan tumpuan yang agak khusus," katanya.

Ditanya mengenai prestasi pihak pembangkang yang hampir empat tahun mentadbir negeri Selangor, Muhyiddin berkata daripada tinjauan dan laporan yang beliau terima, rakyat di negeri itu berdepan dengan banyak masalah.

Beliau berkata pembangkang lebih mementingkan politik daripada pentadbiran selain membuat perubahan dasar yang menyulitkan rakyat negeri itu.

"Segala usaha yang dibuat BN menerusi kerajaan pusat juga mereka anggap tidak memberi faedah kepada rakyat Selangor, contohnya saya telah dimaklumkan oleh pengarah bahagian pembangunan Kementerian Pelajaran bahawa pembangkang tak mahu melepaskan tanah-tanah untuk kita majukan bagi tujuan sekolah, mereka kata tanah itu adalah rizab kerajaan negeri," katanya.

Pondan Ini Sanggup Bogel Di Jalanraya??

KUALA LUMPUR (18/3/2012) - “Saya terkejut melihat rakaman dalam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang ‘wanita’ berambut panjang tanpa seurat benang di laluan itu sebelum keluar dari bilik kawalan untuk menyelamatkannya tetapi bila didekati, dia sebenarnya lelaki,” kata Anuar Borohan, 40, menceritakan kejadian seorang pondan bogel merayau berhampiran Plaza Tol Batu Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), di sini, semalam.

Anuar yang juga petugas bilik kawalan trafik Duke berkata, dia menerima panggilan daripada pengguna lebuh raya berkenaan yang mengadu ternampak kelibat pondan terbabit yang berbogel di Kilometer 3 arah timur, jam 1.45 tengah hari.

“Pengguna memaklumkan, ada orang jalan kaki memasuki lebuh raya dari Jalan Duta arah ke Sentul tanpa memakai baju sebelum saya memeriksa rakaman CCTV di laluan itu.

“Saya segera keluar dari bilik kawalan yang terletak tidak jauh dari tempat pondan terbabit merayau untuk menyelamatkannya kerana bimbang dia dilanggar kereta,” katanya.

Menurutnya, sebaik keluar, dia segera memujuk pondan terbabit supaya keluar dari lebuh raya.

“Bagaimanapun, dia bukan saja enggan, malah menumbuk saya tiga kali menyebabkan bibir saya berdarah.

“Walaupun kesakitan, saya meneruskan usaha memujuknya sebelum dia melibas kaki saya dengan besi penghadang jalan,” katanya.

Katanya, dia terpaksa bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya koyak direntap dan terpaksa meminta bantuan pengguna lebuh raya untuk menangkapnya.

“Mujur seorang pemandu memberhentikan keretanya dan membantu saya menangkap pondan terbabit. Dia juga menawarkan kenderaannya untuk menghantar pondan itu ke Plaza Tol Air Panas.

“Di plaza tol itu, pondan itu dipakaikan selimut untuk menutup tubuhnya sebelum diserahkan kepada polis peronda,” katanya.

Anuar berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak tiga tahun bekerja dengan Duke dan akan dikenang sebagai pengalaman berharga.

Mudahkan Dasar Transformasi, PM Mahu Negeri PR Ditawan Semula

SHAH ALAM, (18/3/2012) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu merampas kembali kesemua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar dasar transformasi yang mahu dilakukan di negara tercapai.

Menurutnya, adalah penting negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat itu kembali dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) supaya semua program transformasi tiu dapat dilaksanakan sepenuhnya demi kesejahteraan dan kebaikan rakyat di negara ini.

"Yang penting bahawa dasar dan transformasi negara kita ni yang kita nak lakukan dan perjuangkan tidak akan tercapai melainkan negeri-negeri ini (negeri PR) akan ditadbir BN." ujarnya.

Najib menambah, jika ada penyertaan dari semua negeri di negara ini, secara tidak langsung pelaksanaan dasar dan transformasi itu akan menjadi lebih mudah dan memberikan kesan kepada pembangunan di negara ini..

"Tsunami politik, 5 negeri kalah termasuk yang saya rasa amat terkilan dan terkedu, negeri Selangor ni kalah. Bukan saya nak perkecil negeri lain, tetapi dari sudut kekayaan dan strategiknya, Selangorlah yang merupakan negeri yang amat strategik, sebab itulah walau macam mana sekali pun kita mesti kembalikan Selangor ini ke pangkuan BN." katanya lagi.

Justeru itu beliau meminta bekas pegawai kerajaan dan pesara yang hadir untuk membantu BN dalam mengembalikan Selangor.

"Tolong cakap baik pasal kerajaan, ini cara kita untuk tolong kerajaan. Bila kita berkumpul dalam majlis seperti ini, cuba kita pertahankan kerajaan BN. Cuba jadi juru cakap dan pembela kita (BN)."

Beliau berkata demikian di hadapan hampir 1000 bekas pegawai kerajaan dan pesara dalam majlis sepetang bersama perdana menteri di Hotel D' Palma Shah Alam, di sini, hari ini

Jelasnya terlalu banyak sebab mengapa BN mahu mendapatkan kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat yang diumpamakan 'cakap tidak serupa bikin'.

"Mereka (Pakatan Rakyat) cakap tentang keadilan tapi mereka tak lakukan keadilan. Mereka cakap tentang bersih, bersih sangatkan ke mereka itu? Mereka cakap tentang moral, (tapi isu) jam Omega masih tak jawab.", katanya lagi

Najib turut berkata secara beseloroh sejak mengambil alih tugas daripada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, ia merupakan satu tanggungjawab yang besar di mana mahu membawa Malaysia untuk mencapai negara maju.

Ujarnya sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada April 2009 lalu, terdapat dua cabaran yang mendepani tugasnya iaitu dalam bidang ekonomi dan politik.