Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, March 13, 2012

Restoran Sekinchan tarik 1,000 pemilih baharu

TANJUNG KARANG (12/3/2012) - Setelah dua hari Kenduri Jom Daftar Undi diadakan di Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (RSIB) cawangan Sekinchan di sini, 1,000 pemilih baharu berjaya didaftarkan.

Sebelum ini, program yang sama di cawangan restoran Setiawangsa, Kuala Lumpur berjaya menarik 8,000 penduduk untuk mendaftar sebagai pengundi.

Pengarah Urusan RSIB, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, restoran di Pusat Perniagaan Sekinchan itu tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai sejak pukul 11 pagi hingga ditutup pada pukul 6 petang semalam.

"Saya harap inisiatif ini membuka mata orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi dan dapat dicontohi pihak korporat lain untuk melakukan perkara yang sama," jelasnya lagi di sini semalam.