Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, March 11, 2012

Shahrizat berundur sebagai menteri 8 April

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.

"Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Peletakan jawatan itu akan berkuat-kuasa pada 8 April ini," katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam satu sidang media selepas merasmikan "Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih" di Taman Tema Desa Waterpark, di sini.

Pengunduran beliau dalam barisan Kabinet itu dipercayai ada kaitan dengan isu Pusat Fidlot Nasional. (NFC) yang menjalankan ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan yang didakwa wujud penyelewengan serta membabitkan ahli keluarganya.

Isu itu tercetus berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai pengurusan NFC kerana berdepan masalah apabila sasaran pengeluarannya dikurangkan daripada 60,000 ekor lembu kepada 8,000 lembu.

Pada 13 Januari, Shahrizat mula bercuti daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selama tiga minggu.

LAGI BERITA BERKAITAN :-

WAJIB BACA! "Calon Boleh Menang Pilihan Kita...?"

Tidak di Nafikan, cabaran Cukup besar dalam memilih apa yang PM Dato Seri Najib gelarkan sebagai Winnable candidate dalam menghadapi ujian getir pilihanraya UMUM ke13 akan datang... Sejarah 2008 tidak boleh berulang lagi... Sejarah telah mengajar kita, siapa pembelot? siapa yang rakus? Siapa yang bantu siapa? siapa yang hanya tahu berpolitik tapi kerjanya HANCUS...

Di atas kertas memanglah IDEAL, secara kasarnya winnable candidate ini orangnya perlu BERJIWA RAKYAT, SANGGUP BERKHIDMAT 24 JAM Sehari Semalam dan paling penting DITERIMA RAKYAT... Ramai orang mengaku berjiwa rakyat dan sanggup bekerja sehari semalam, Tapi, Persoalannya adakah dia diterima oleh rakyat yang akan diwakili olehnya? Pilihanraya it's all about UNDI... 1 undi pun sangat berharga!

Winnable Candidate pilihan PM Najib sangatlah ketat... Ini bagi memastikan tidak akan ada walau sekelumit kesilapan dalam memilih calon bagi memastikan pembangkang tidak dapat mencari kesilapan BN dalam PRU13 akan datang... Bukan Mudah...

Track Record...

PM Najib mahukan mereka yang kuat bekerja demi rakyat.... secara realiti kita lihat, UMNO/BN dalam mana-mana kawasan sekalipun termasuk kawasan Parlimen Tanjong Karang, tetap bekerja keras dari dahulu sampailah kehari ini... Sokongan rakyat terutamanya oleh orang Melayu/Bumiputera terus menjadi kekuatan UMNO sehingga hari ini...

Pilih Calon Terbaik dari Parti yang terbaik....

Walaupun calon itu baik, namun, jika parti yang diwakilinya tidak dapat menyumbang dan membantu apa-apa pun susah juga... Nak tanya Apa PR sudah buat di Selangor? hari ini kita lihat ramai wakil rakyat dari PR yang keluar kerana telah hilang kepercayaan dasar perjuangan PR itu sendiri.. Orang PR sila JAWAB!

Masa untuk memilih...

Kekecewaan rakyat kepada parti Pembangkang terus menjadi titik tolak kepada perubahan sokongan yang begitu besar dan drastik kembali kepada BN... Rakyat mahukan yang terbaik... Bukan yang TERBALIK / SongSANG.... Tiba masa kita tolak pemimpin yang tidak memberikan apa-apa kepada kita secara keseluruhannya...

p/s - Sudah tiba masanya kita menyokong Calon dan parti UMNO/BN yang sentiasa bekerja demi membela untung nasib rakyat di Selangor khususnya di Parlimen Tanjong Karang...."

BN kena bangkitkan 'rasa' rakyat - PM

Oleh : DR MOHD ZAINUL FITHRI OTHMAN
Wawancara Mingguan Malaysia (5 Mac 2012) dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan parti-parti politik dan ekonomi tanah air menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menarik saya untuk berkongsi pandangan.

Pada tahun 2008, kita melihat kejayaan pakatan pembangkang PKR, DAP dan Pas dalam pilihan raya adalah kerana dorongan persepsi yang dibuat oleh mereka. Rakyat terdorong kepada sifat populariti sesuatu isu yang disensasikan oleh pakatan pembangkang dan membuatkan ada rakyat percaya dan ada yang tidak - tetapi mengambil sikap berdiam diri atau "non-partisan".

Ini ditambahi pula pengurusan persepsi yang tidak dilakukan dengan segera secara berkesan oleh pihak Barisan Nasional (BN) membuatkan ia menular kepada minda rakyat. Namun demikian, Apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (buat seketika waktu), isu-isu lama di Kelantan masih belum diselesaikan setelah diperintah begitu lama oleh Pas.

Masalah air dan pembinaan masjid masih menjadi tanda tanya rakyat. Isu pembalakan yang masih tidak berjawab oleh pihak pakatan pembangkang menjadi tanda nota dalam pemikiran rakyat.

Di Kedah, krisis dalaman Pas dan juga pemerintah negeri telah melihatkan bahawa "Kedah bukan di bawah kawalan" tetapi dalam keadaan tenat dari aspek pentadbiran dan pengurusannya. Rakyat menjadi gelisah akibat ketidakcekapan pentadbiran Pas.

Di Pulau Pinang, janji manis DAP masih banyak tidak dikotakan seperti mana beberapa soalan yang diajukan oleh para hadirin dalam sesi Debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek tempoh hari membuatkan rakyat berbangsa Tionghua merasa resah dan meluat dengan janji-janji DAP.

Di Selangor, pelbagai masalah timbul daripada persoalan pasir, kegagalan sistem pembuangan sampah sehinggalah mengenai pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai exco negeri menjadi tanda tanya.

Di Perak walaupun pakatan pembangkang memerintah untuk seketika tetapi isu tanah yang cuba dilaksanakan dan diberikan kepada penduduk Kampung Baru Cina menjadi igauan rakyat jelata. Keresahan dan kegusaran ini membuatkan paradigma persepsi rakyat beranjak.

Kalau di blog-blog, rata-rata rakyat memberikan pendapat yang berani menentang perkara pokok seperti isu sokongan Anwar Ibrahim terhadap tindakan yang diambil oleh pihak Israel kepada rakyat Palestin; pemecatan Hasan Ali daripada exco negeri dan keahlian Pas kerana menegakkan kesucian Islam masih tidak terjawab oleh Pas Pusat; isu pasir yang masih menjadi tanda tanya adalah isu-isu yang membuatkan rakyat bertambah bising dan khuatir kepada kredibiliti dan integriti PKR, DAP dan Pas.

Dalam YouTube kita lihat yang mengambil bahagian dalam mempertahankan isu Islam contohnya adalah para ulama sendiri yang sudah tidak mahu rakyat dimomokkan dengan putaran (spinning) pakatan pembangkang.

Pada pendapat mereka, jika kurang daripada empat tahun memerintah negeri sudah banyak kesilapan dan banyaknya berlaku permasalahan, apatah lagi jika diberi peluang memerintah negara selama satu penggal yang bukan hanya akan merosakkan negara tetapi menyebabkan rakyat menderita secara keseluruhannya. Tetapi masih ada rakyat yang berada dalam keadaan blur mengenai banyak isu dan banyak juga yang tidak ambil peduli langsung tentang landskap politik yang wujud kini.

Memandangkan sokongan rakyat kian meningkat kepada Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan idea-idea baru dan daya kreatifnya telah berjaya memujuk semula rakyat. Keikhlasan dan kejujuran beliau sebagai pemimpin, terutama menangani kemelut keresahan rakyat dapat dirasai oleh rakyat. Jika Najib ingin menghidupkan 'rasa', maka beliau sudah hampir ke tahap kejayaan tersebut. Namun demikian, penjenamaan Najib yang sedang popular ini hendaklah disambut oleh pemimpin tempatan dan pemimpin parti komponen.

Susulan kepada gerak kerja Najib hendaklah diusahakan dengan lebih hebat. Jika pembukaan kepada gerak kerja rakyat ini sudah dibuat oleh beliau, maka pemimpin tempatan hendaklah menyambutnya dengan melakukan susulannya dengan cara berkesan.

Jika pemimpin berjaya mewujudkan dan mencipta 'rasa' untuk Rakyat, saya pasti, rakyat akan kembali kepada kerajaan kecuali hardcore penyokong pakatan pembangkang. Kredibiliti kepimpinan bukan boleh dilihat dari sudut pandai berucap semata-mata tetapi ia hendaklah dilihat dan dinilai dari sudut KTPnya iaitu Key Tangible Performances atau Prestasi Tindaklaku Kerja yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dan bukti ini ada dalam hasilan kepimpinan Najib. Ke mana tempat yang Presiden UMNO itu tidak pernah turun? Persoalan apa yang tidak Perdana Menteri jawab dan selesaikan? Ini adalah bukti. Bukti yang besar jika dibandingkan dengan kepimpinan pembangkang lakukan.

Kelebihan Najib adalah kerana beliau adalah anak kepada Tun Abdul Razak pemimpin kesayangan rakyat. Sifat keprihatinan dan kejujuran serta keikhlasan adalah seperti Allahyarham bapanya. Sifat 'rasa' yang diberikan oleh Tun Razak masih dirasai dan dihormati oleh kebanyakan rakyat negara ini. Falsafah pemikiran Tun Razak bersemadi dalam jiwa Najib. Inilah senjata yang ampuh yang tiada wujud di kalangan pimpinan pembangkang dan inilah yang ditakuti oleh mereka sebenarnya.

Saya rasa akan ada kejutan demi kejutan yang akan dilakukan oleh Najib demi membela nasib rakyat jelata. Pembangkang sedar akan perkara ini maka sentimen perkauman dan kebencian dilaungkan oleh mereka terutama kepada kaum Cina di negara ini. Kaum Cina bukan sebuah kaum yang senang ditemberang buat selamanya, kaum itu pragmatik dan dinamik, mempunyai cara nilai sendiri dan mempunyai sifat berterima kasih dan penghargaan yang tinggi dan sensitif.

Kaum Cina adalah kaum yang percaya kepada tangible evidence - bukti nyata, bukan bukti dan janji yang dibuai-buai. Saya percaya kaum Cina akan memberikan kepercayaan kepada pimpinan Najib. Kaum Cina adalah sebuah kaum yang sayangkan kepada keamanan dan kemakmuran kerana ini adalah asas kejayaan perniagaan.

Kaum India begitu juga. Kaum India yang dulunya benci kepada kerajaan kini sudah kembali kerana kejujuran dan keikhlasan Najib yang dianggap idola kepimpinan mereka. Mereka lihat Perdana Menteri telah menterjemahkan kata-kata kepada tindakan dengan membebaskan beberapa pimpinan HINDRAF.

Walaupun Najib sedar pembebasan mereka ini tidak menjamin sokongan, tapi beliau percaya bahawa kaum India bertunjangkan kepada keikhlasan dan kejujuran yang menjadi paksi kepercayaan mereka akan kembali memperkukuhkan kedudukan kerajaan.

Najib berpegang kepada satu kepercayaan iaitu negara Malaysia tidak boleh dibangunkan oleh satu kaum sahaja. Ia hendaklah dibangunkan melalui satu gabungan rakyat dengan satu kepercayaan yang mantap dan mapan. Sebab itu 1Malaysia dilahirkan untuk membina Malaysia yang berwajah baru. Malaysia baru mesti menjadi agenda utama rakyat melalui kekuatan nilai hidup rakyat yang baru. Inilah penjenamaan Najib. Nilai yang dipupuk adalah jujur, ikhlas, amanah, adil, sopan dan santun, cepat, tepat, dan mesra.

Sentimen perkauman, ketidakadilan sosial dan juga sentimen agama hendaklah dikawal dan dipinggirkan jika ingin melihat Malaysia Baru. Mandat inilah yang dipinta oleh Najib agar rakyat memberikan kepadanya peluang merealisasikan semua impian dan agenda mendaulatkan rakyat. Misi mendaulatkan rakyat adalah agenda utama Najib. Inilah nilai yang dibawa dalam kepimpinannya.

BN secara keseluruhannya perlu bergerak menggunakan nilai ini. Kegagalan menjalankan gerak ini akan memberikan tamparan kepada BN pada pilihan raya nanti.

Di samping itu, jika BN mahu menang, kepimpinan parti-parti komponen harus menerima perubahan. Kepimpinan atasan parti di bahagian hendaklah menelan perubahan ini dengan berani iaitu menerima hakikat kelahiran pemimpin baru, yang mungkin bukan berada pada saf kepimpinan parti, tetapi memberikan harapan baru kepada rakyat.

Penulis merupakan Pengarah Institut Kepimpinan dan Keusahawanan, Management & Science University (MSU)

Pilihan raya – siapa yang perlu kita pilih

Bukan sahaja parti politik tetapi kerajaan di bawah kepimpinan BN sedang mengurus perubahan dengan mengutamakan rakyat – suara rakyat dan kepentingan rakyat. Ini adalah strategi yang mahu dilaksanakan oleh UMNO dan BN dalam usaha menunjukkan dan menjadikan justifikasi kepada rakyat – kenapa mereka harus terus bersama BN dalam menguruskan kepentingan bersama.

Dalam menguruskan semua itu kerajaan berhadap dengan berbagai-bagai rintangan khususnya dari pihak-pihak hanya  mahu membidas untuk kepentingan selain dari kepentingan rakyat. Ini sebenarnya menjadi halangan kepada kejayaan dan halangan ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya asas demokrasi itu dilakukan secara baik.

Hari ini semua ahli parti perlu sedar bahawa kepentingan utama adalah untuk melunaskan agenda rakyat dan bukan melunaskan kepentingan tertentu. Kita perlu memilih sama ada kita mahu mengikuti kehendak mereka atau mereka yang dipilih memimpin mengikut agenda kita.

Kita juga harus bersikap matang dalam menilai dan tidak terpengaruh dengan andaian serta persepsi sahaja. Kita akan berhadap dengan pesta demokrasi – pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi. Untuk tujuan itu kita perlu bukan sekadar hadir untuk mengundi tetapi mengundi dengan penuh tanggungjawab. Kita perlu ukur apa yang kita ada hari ini dan bergerak untuk memperoleh kebaikan dan tidak meruntuhkan struktur yang ada  kerana terpengaruh dengan agenda politik yang tidak realistik.

Hari ini kita lihat sendiri perubahan yang sedang dianjurkan oleh kerajaan memerintah. Kita melihat keutamaan yang diberikan kepada rakyat serta agenda rakyat yang mahu dilunaskan. Kita perlu menilai semuanya sebelum membuat keputusan. Kita perlu lebih peka untuk menjayakan rancangan bersama dan bukan untuk hanya terikut kepada mereka yang mempunyai niat selain dari niat membantu rakyat.