Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, March 8, 2012

Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 - 13 peratus

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.
Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik," katanya.

Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.

Najib juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

"Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini," katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

Siasat tapi tak hukum, Selcat macam 'mahkamah kanggaru

7/3/2012 - Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) tidak ubah seperti 'mahkamah kanggaru' kerana menyiasat tanpa menjatuhkan hukuman, kata Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan

Menurut beliau, Selcat hanya ditubuhkan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan Selangor, dan kerana itulah mereka tidak akan menjatuhkan hukuman kepada 'orang sendiri'.

"Pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka berpuas hati dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.

“Mereka (Selcat) hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa. Jika dilihat secara menyeluruh pendengaran awam itu, Kerajaan Negeri sebenarnya cuba untuk melindungi ‘orang mereka’ yang melakukan kesalahan," katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam sesi pendengaran awam yang diadakan kelmarian, Chang Khim mendakwa sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Yayasan Selangor, berlaku empat perbelanjaan tidak munasabah bernilai RM1.4 juta.

Ia membabitkan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor, majlis berbuka puasa, majlis jamuan Aidilfitri dan Majlis Korban Perdana.

Sinar Harian melaporkan Noh mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik juruaudit bebas bagi menjalankan siasatan terhadap ketirisan aset Yayasan Selangor berjumlah RM500 juta yang didakwa berpunca daripada pentabiran Barisan Nasional (BN).

“Pembangkang hanya pandai membuat tuduhan tanpa sebarang bukti, ini adalah bertujuan untuk mengelirukan rakyat dan menutup kelemahan mereka. Saya ingin jelaskan bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar malah kami mempunyai bukti mengenainya,” katanya.

Pada 15 November 2010, Noh dicabar Abdul Khalid agar mendedahkan secara terperinci kos perbelanjaan sebenar majlis sambutan ulang tahun yayasan Selangor tetapi Noh mengenakan syarat agar Menteri Besar Selangor itu memohon maaf secara terbuka jika dakwaannya itu benar.

"Saya tidak bercakap kosong. Setiap apa yang saya katakan, saya mempunyai bukti yang mencukupi. Oleh itu saya menuntut Abdul Khalid membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor kerana saya telah mendedahkan perkara yang benar," katanya.

Noh turut mencabar Abdul Khalid mengambil tindakan terhadap Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki kerana beliau sendiri telah mengaku di hadapan Selcat bahawa wujud amalan kewangan yang lemah dalam menganjurkan pelbagai kegiatan yayasan pada 2010.

"Ini sekali menbuktikan bahawa dakwaan saya sebelum ini benar tetapi cuba dinafikan oleh Abdul Khalid," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab:

“Hanya buang masa. Mereka tidak pernah sepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran.”

Melayu lagi.?

Oleh : umno-reform
Isu Melayu masih lagi menjadi isu pokok dalam politik tanah air. Mendapatkan pengundi Melayu secara keseluruhan bersatu di dalam kerangka politik Melayu adalah menghampiri mustahil sungguhpun diberitakan penyatuan kaum lain dalam kerangka politik kaum mereka semakin hampir kepada penyatuan. Ini membimbangkan kita Melayu, kalau gara-gara perbalahan dan perpecahan akan menjadikan dominasi Melayu dalam politik semakin terhakis. Ini bukan sesuatu yang perlu lagi diperdebatkan. Peralihan sokongan kaum lain kepada Pakatan Rakyat semakin menyeluruh sedangkan Melayu pula saban hari sabah terpecah. Melayu semakin terbelah biarpun kajian telah dilakukan mengenai penyatuan Melayu, psikologi Melayu serta revolusi minda Melayu dalam mengertikan kedudukan Melayu itu sendiri.

Baru-baru ini saya menghadiri satu sesi Teh Tarik bersama YB - dengan undangan program ini adalah Dato Nasir Safar - rujuk http://www.tehtarikbersamayb.com/berita/adakah-dato-nasir-safar-seorang-racist . Kerangka mudah untuk menyatukan formula mengukuhkan perpaduan negara serta meneruskan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara adalah Gagasan Satu Malaysia. Namun ini tidak mencangkup isu Melayu itu sendiri. Isu Melayu hari ini mungkin dilihat dalam kerangka politik sahaja tetapi tidak menjangkau kemurungan Melayu dalam sosiopolitik, sosioekonomi dan kemasyarakatan.

Melayu dikatakan sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah – sungguhpun ada pendapat yang mengatakan – Melayu terpinggir kerana Melayu, kepimpinan Melayu dan pergeseran Melayu itu sendiri. Kita kadangkala melihat kerancakan isu Melayu ini menjadikan kita ke belakang. Isu Melayu setakat ini diulas dan dikaji atas rasional politik sedangkan politik itu hanya bayangan kepada kekuatan lain.

Kalau kita membicarakan mengenai kemiskinan Melayu maka isu ini sudah wujud lama sekali. Lihat komen Pro Di Raja Ungku Aziz dalam penulisan beliau :

http://www.tehtarikbersamayb.com/pendapat/bagaimana-nak-kurangkan-kemiskinan-dari-prespektif-ungku-aziz

Bicara mengenai kemiskinan Melayu ini seolah-olah tidak berkesudahan dengan rujukan Melayu itu antara kaum termiskin dalam negara ini. Kenapa sampai begitu. Pemecahan tradisi Melayu semakin ketara - kehadiran PERKASA – yang membicarakan Melayu seolah-olah negara ini adalah Tanah Melayu – tanpa memikirkan persekitaran – kedudukan kaum dan kedudukan Melayu dalam negara ini yang semakin merunsingkan – JATI yang membicarakan Islam Melayu dengan kekeliruan – perpecahan paling besar dalam kemelut politik hari ini – SAH memecahkan Melayu.

Bagaimana kita mahu mahasiswa kita matang dalam menangani isu semasa yang ada dan merapatkan kembali pergeseran besar Melayu dalam politik. Pembaca www.umno-reform2.com – apa langkah untuk Melayu di susun semula agar kita tidak melukut tepian gantang – tapi hebat dalam prasarana berbeza. Melayu lagi?