Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, December 3, 2012

JANJI DITEPATI - Penderitaan Rohaya dapat perhatian

TANJONG KARANG - Penderitaan suri rumah, Rohaya Mohamed Ariffin, 41, yang mempunyai benjolan menyamai ketumbuhan kronik atau dikenali sebagai lipoma di perut, belakang bahu kanan dan bawah paha kanan seberat hampir 60 kilogram sejak 37 tahun lalu mendapat perhatian Pejabat Parlimen Tanjung Karang yang menghulurkan bantuan pada Khamis lepas (29 November 2012).

Bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian itu disampaikan Datuk Mohd Shafie Asnawi, Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang berkunjung ke rumah ibu dua anak itu di Kampung Parit Empat, Ban 2, Sekincan, di sini.

Mohd Shafie berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib Rohaya dan memantau keadaannya dari masa ke semasa memandangkan kes ini sudah dibawa ke pengetahuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Saya difahamkan LZS akan menanggung keseluruhan kos pembedahan. Walaupun kunjungan ini hanya membawa sumbangan keperluan harian dan wang tunai, namun saya akan pastikan kunjungan kali kedua bersama Datuk Seri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang dibuat dalam masa terdekat.

No comments: