Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, December 2, 2012

Adun Sungai Burong selar DAP bangkitkan isu tender benih padi

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) hari ini menyelar tindakan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) kerana membangkitkan isu tender agihan kuota benih padi pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) di sini.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi kerana telah diperjelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada sesi sidang Dewan Rakyat, Oktober lepas.

"Kenapa perlu dibangkitkan lagi di sidang dewan ini, sedangkan Menteri Pertanian telah memberi penjelasan panjang lebar tentang isu tender benih padi.

"Mengapa pada waktu itu, wakil Anggota Parlimen daripada Selangor seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok), Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) langsung tidak mempersoalkan perkara ini semasa menteri berkenaan memberi penjelasan berhubung isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN, Jumaat lepas.

Pada persidangan itu, Ng mendakwa wujud penyelewengan dan monopoli oleh syarikat kroni dalam proses pemberian tender agihan benih padi.

Ng kemudian membuat usul mendesak Kementerian Pertanian menubuhkan jawatan kuasa khas untuk menyemak semula keputusan tawaran tender bernilai RM164.8 juta bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2013 dan 2014.

Mohd Shamsudin berkata dakwaan wujud penyelewengan tender itu adalah tidak benar dan ia hanya muslihat politik kerajaan Selangor semata-mata.

"Jangan sensasikan isu ini...pihak Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 10 syarikat yang layak untuk membekalkan benih padi sah kepada petani," tegas Mohd Shamsudin.

Pada 17 Okt lepas, Noh yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementeriannya, berkata pihaknya sentiasa memastikan benih padi yang dikeluarkan syarikat yang dilantik terjamin kualitinya.

Pada peringkat awal hanya lima syarikat penuhi kriteria selepas proses tender ditutup, namun untuk mengelakkan monopoli, kementerian membuka peluang kepada syarikat lain merayu, kata Noh.

1 comment:

Anak2 Terengganu Bangkit Runtuhkan UMNO said...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~