Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, November 21, 2012

PANAS.!!! Isu Rumah Kos Rendah - NGO Dakwa Exco Negeri Selangor Beri Maklumat Palsu.

SHAH ALAM, 20 Nov. - Exco Perumahan Negeri Selangor, Ir. Iskandar Abdul Samad didakwa memberi maklumat palsu mengenai jumlah rumah kos rendah yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) Budiman Mohd Zohdi, ianya terbukti menerusi beberapa persoalan yang dilihat tidak jelas kedudukannya terutamanya mengenai status Pembangunan Perumah Anak Muda Selangor dan angka jumlah pembinaan rumah kos rendah di Negeri berkenaan.

"Persoalannya, angka manakah yang harus diterima pakai? Di manakah lokasi sebenar perumahan ini? Apakah justifikasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menentukan jumlah rumah yang akan dibina di sesuatu kawasan dan siapakah pemaju yang membina rumah tersebut?

"Melihat kepada angka-angka yang dikeluarkan, Kerajaan Negeri sebenarnya cuba mengaburi mata rakyat Selangor dan memberikan indikasi bahawa mereka kononnya selama ini berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik kepada Anak Muda di Selangor," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di bangunan UMNO Shah Alam hari ini.

Pengerusi SERANG itu turut melahirkan rasa terkejut kerana statistik jawapan yang diberikan ketika Sidang DUN dengan iklan yang yang dikeluarkan tidak konsisten dan sangat berbeza malahan beberapa kawasan yang diumumkan mengalami pertambahan mendadak dan penurunan sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada statistik jawapan ketika Sidang DUN itu adalah 'fact and figure' atau rekaan semata-mata.

Beliau menegaskan, kontroversi isu perumahan mampu milik ini telah berulangkali mendapat maklumbalas negatif dari beberapa rakyat Negeri Selangor yang terlibat. Malah Koodinator Barisan Nasional (BN) Negeri, Dato Sri Ir. Mohd Zin sendiri pernah menyuarakan pendapat kepadanya.

"Dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 26 Mac lalu, Exco yang sama telah menjawab soalan daripada ADUN BN mengenai bilangan rumah dan jenis unit yang dibina sejak 2008 hingga kini.

"Akan tetapi, amat mengejutkan apabila statistik jawapan yang diberikan ketika Sidang DUN beserta iklan yang telah dikeluarkan tidak konsisten dan sangat berbeza sama sekali," tegasnya lagi.

Beliau juga menuntut penjelasan dari Kerajaan Negeri mengenai prosedur pendaftaran kepada warga Selangor yang ingin memiliki rumah kos rendah tersebut.

"Adakah ianya dilakukan secara 'first come first serve' atau secara undian. Apakah ada isu dan prosedur yang melibatkan kelayakan dan kemampuan bagi warga Selangor yang mahu memiliki rumah," katanya.

Budiman mengalu-alukan Anak Muda seluruh Selangor yang berhasrat memiliki rumah kos rendah agar menghubungi Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor sebagai platform paling berkesan dalam merealisasi tuntutan berkenaan.

Sumber - klpos

No comments: