Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, November 12, 2012

Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Dan Taska Permata KEMAS Parlimen Tanjong Karang 2012

SUNGAI BURONG, 8 Okt - Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, hari ini telah merasmikan Majlis Graduasi TABIKA Dan TASKA Permata KEMAS Parlimen Tanjong Karang, serta menyampaikan sijil kepada murid-murid daripada 37 TABIKA dan TASKA sekitar parlimen ini.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau telah menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah memberikan peruntukan makanan kepada murid-murid TABIKA sebanyak RM1.80 sehari, RM100 setahun untuk setiap pelajar dan RM50 merupakan bantuan kepada pelajar miskin yang diberi dalam bentuk peralatan dan makanan.

Manakala Pra Sekolah, beliau memberitahu Kerajaan BN telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion bagi seluruh negara.

"Kerajaan BN bagi RM1.80 sehari untuk makan, RM100 setahun untuk setiap pelajar dan RM50 persiapan pelajar miskin untuk bantu dalam bentuk peralatan dan makanan.

"Untuk Pra Sekolah Kerajaan BN peruntukkan RM1.2 bilion untuk seluruh negara." Katanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan sebanyak RM380 juta untuk pendapatan guru-guru Pra Sekolah, manakala geran RM10K pula di beri kepada TABIKA swasta.

"RM380 juta untuk pendapatan guru Pra Sekolah dan geran RM10K untuk pusat-pusat pendidikan TABIKA swasta." katanya.

No comments: