Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, November 23, 2012

VIDEO.!!! Kerajaan negeri jangan halang bantuan - NOH OMAR

KUALA SELANGOR, 22 Nov - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani menggesa kerajaan negeri tidak lagi menghalang sebarang projek pengairan atau bantuan aktiviti pertanian di negeri ini kerana perkara itu melibatkan kepentingan petani dan pesawah.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sebelum ini banyak menghalang bantuan yang disalurkan kepada golongan petani di Selangor.

Beliau berkata, ini termasuk projek pembinaan kolam takungan air untuk pesawah di Sungai Haji Dorani dan projek mendalamkan terusan utama serta membersihkan Sungai Tengi di Kuala Selangor bagi menangani masalah kekurangan air pada masa depan.

"Projek mendalamkan terusan utama dan membersihkan Sungai Tengi yang menelan belanja sekitar RM10 juta itu mendapat tentangan apabila kementerian dikatakan tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan.

"Masalah tersebut lebih parah apabila jengkaut yang digunakan kontraktor disita kerajaan negeri. Kementerian juga dikompaun RM800K dan sebanyak RM150K telah dibayar bagi membolehkan projek berkenaan diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wakil media selepas merasmikan pejabat baharu Pembangunan Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, di sini hari ini.

Pejabat baharu IADA Barat Laut Selangor yang dibina bagi menggantikan pejabat sedia ada itumengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM8.4 juta.

Dalam pada itu, mengulas hasil padi di Selangor, Noh berkata, kementerian mensasarkan golongan penanam padi meraih pendapatan RM3K sebulan.

"Walaupun kerajaan negeri hanya memberi peruntukan RM14.4 juta untuk aktiviti pertanian, kerajaan Persekutuan tetap membantu golongan tersebut memenuhi sasaran yang ditetapkan termasuk dengan memodenkan proses penanaman dan pemberian insentif terhadap setiap pertambahan hasil," katanya.

No comments: