Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, November 19, 2012

KEJOHANAN STREET SOCCER DAPAT SAMBUTAN ANAK MUDA DI PARLIMEN TANJONG KARANG

TANJONG KARANG, 18 Nov - Kejohanan Street Soccer salah satu acara yang dipertandingkan sempena Himpunan Anak Muda Bermotor mendapat sambutan apabila menerima lebih 30 team anak muda sekitar Parlimen Tanjong Karang untuk menyertai kejohanan tersebut yang berlangsung di Padang Astaka, Tanjong Karang di sini semalam.

Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh Omar, turut berkesempatan melawat dan menyaksikan kejohanan yang sedang berlangsung sambil beramah mesra dengan anak-anak muda yang berada di situ.

Beliau juga berharap agar kejohanan untuk anak-anak muda seperti ini dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang.

Johan kejuaraan tersebut telah menerima hadiah wang tunai RM300 berserta medal dan piala telah dimenangi oleh pasukan HTK Gemilang.

Manakala naib juara, daripada pasukan Kaki Bom A telah menerima hadiah wang tunai RM200 berserta medal. Pasukan yang mendapat tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100 beserta medal.

No comments: