Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, November 21, 2012

KANTOI.!!! Isu bina jambatan hanya untuk tutup isu air – Noh Omar

SEPANG - Pengumuman pembinaan jambatan ketiga di Klang oleh kerajaan negeri Selangor hanya untuk mengaburi mata rakyat dan menutup isu bekalan air yang masih belum selesai, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau turut mempersoalkan pengumuman projek jambatan itu sekarang dan bukan sejak mula Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

“Kalau dulu kerajaan pusat menyatakan hasrat untuk melaksanakan projek jambatan itu, saya percaya mereka (kerajaan Selangor) tidak benarkan dengan memberi pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata misalnya isu air yang kerajaan pusat telah belanjakan berbilion ringgit demi kepentingan rakyat, hanya tinggal pembinaan kolam takungan sahaja kenapa Selangor tidak beri kebenaran. “Jika betul ikhlas berilah kerjasama projek yang kerajaan sedang laksanakan bukannya kerana hendak menutup isu air, salahkan kerajaan pusat pula dalam isu pembinaan jambatan,” katanya.

Mengulas mengenai belanjawan Selangor, Noh berkata banyak yang dibentangkan dalam belanjawan hanya teori kerana masih banyak janji belum ditunaikan dan belum ada projek besar yang boleh rakyat negeri ini banggakan.

Dalam perkembangan lain, Noh berkata 100 buah limosin disediakan oleh Airport Limosin Malaysia Bhd dalam usaha untuk mempromosi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA).

“Kita mensasarkan tiga juta pengunjung kali ini termasuk pelancong asing selain penyertaan 25 peserta daripada luar negara,” katanya.

MAHA 2012 akan bermula Jumaat ini sehingga 2 Dis di tapak Maeps seluas 130 hektar, menempatkan tujuh laman iaitu nanas, perikanan, sayur-sayuran, florikultur, padi, mesin dan penternakan.

No comments: