Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, October 12, 2012

Turun Kuasa Percepat Proses Penyaluran Bantuan - Noh

PUTRAJAYA, 11 Okt - Semua pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani harus menurunkan kuasa kepada pegawai di peringkat negeri atau daerah bagi mempercepatkan proses pemberian bantuan kerajaan kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Menterinya Datuk Seri Noh Omar berkata pendekatan tersebut dapat mengurangkan kerenah birokrasi agar bantuan kerajaan seperti baja dan racun serangga sampai kepada penerima dengan lebih cepat.

"Prosedur permohonan dan kelulusan harus dipermudahkan dan dipercepatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis Seminar Belanjawan 2013 kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan setiap keputusan, arahan dan peraturan yang baru perlu dilakukan menerusi surat pekeliling agar tidak menimbul kekeliruan dan rasa ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.

"Jangan biarkan rakyat marah. Kita harus memastikan bantuan sampai tepat pada masa agar dapat memanfaatkan golongan sasar," katanya.

No comments: