Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 2, 2012

Tuntutan Rakyat Semakin Memuncak, Kerajaan Selangor Terus Pekakkan Telinga

PUCHONG, 1 OKTOBER – Seramai 5,000 penduduk pangsapuri sekitar Taman Putra Perdana di sini yang masih menggunakan meter air secara pukal menggesa kerajaan Selangor melaksanakan pemberian air percuma selaras dengan manifesto yang telah dijanjikan pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penggunaan meter pukal tidak sepatutnya menjadi isu kerana dalam manifesto jelas menyebut pemberian bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pemilik kediaman di seluruh Selangor.

“Alasan menggunakan meter pukal adalah tidak logik kerana pihak kerajaan negeri masih dapat menentukan penggunaan air dan mengeluarkan bil mengikut setiap isi rumah,“ katanya selepas menyertai perhimpunan aman bersama penduduk di sini semalam.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana nasib penduduk pangsapuri itu tidak terbela dan kebanyakannya adalah keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

No comments: