Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, October 7, 2012

TERBUKTI.!!! DAP Gagal Jaga Kaum Cina - Noh Omar Dapat Sokongan Penuh

Datuk Seri Haji Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, baru-baru ini meluangkan masanya untuk menghadiri Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung anjuran Koperasi Muhibah Tanjong Karang Selangor Berhad yang berlangsung di Taman Suria Indah Tanjong Karang di sini, pada Jumaat malam 5 Oktober.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, YB Tuan Haji Sulaiman Abdul Razak dan Wakil ADUN Sungai Burong, Saudara Marwan Ahmad.

Majlis tersebut yang dihadiri lebih seribu orang masyarakat cina menunjukkan sokongan masyarakat cina kepada Datuk Seri Noh Omar masih utuh walaupun berbagai isu sengaja direka untuk memburukkan imej menteri tersebut.

Datuk Seri Noh Omar dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Koperasi Muhibah Tanjung Karang Selangor Berhad kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pesta Tanglung tersebut dan dengan itu beliau telah berbesar hati menyumbangkan RM10,000.00 untuk koperasi tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

Dalam pada itu juga, Datuk Seri Noh Omar memperjelaskan beberapa isu semasa untuk memberi kesedaran betapa bahayanya jika Pakatan Rakyat terus memerintah Negeri Selangor ini.

Beliau juga menyeru masyarakat cina supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasionan (BN) seterusnya merampas kembali Negeri Selangor ini dari pemerintahan Pakatan Rakyat yang terbukti telah gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu memerintah dengan baik Negeri dan Negara ini berdasarkan pengalaman mereka yang telah lama memerintah dan tahu selok-belok serta masalah yang dihadapai oleh negara ini.


Teruskan usahamu DS Noh Omar, buktikan pada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan terbaik dan akan terus membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

No comments: