Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 16, 2012

Skim TAWAS gagal daftar 80 peratus kelahiran baru?

SHAH ALAM, 15 Okt - Skim TAWAS yang diperkenal oleh kerajaan negeri Selangor, sejak tahun 2008 gagal mendaftar lebih 80 peratus daripada kelahiran baru di negeri itu yang dijanjikan skim simpanan RM1,500.

Laporan terbaru Ketua Audit Negara mendedahkan TAWAS hanya berjaya mendaftar 60,972 daripada 313,706 kelahiran anak Selangor di antara tahun 2008 hingga 2011.

“Ini menunjukkan sebahagian besar daripada jumlah kelahiran yang dicatatkan tidak layak, tidak memohon atau tidak mengetahui mengenai TAWAS" menurut laporan itu.

“Liputan faedah program ini tidak menyeluruh iaitu hanya 19.4% anak kelahiran selangor telah diluluskan menjadi ahli TAWAS," menurut laporan itu yang diedarkan hari ini.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambri Buang berkata kerajaan Selangor membelanjakan RM588,391 untuk aktiviti promosi TAWAS namun pendaftaran kelahiran baru kurang 20 peratus.

Beliau juga menegur kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana gagal melaksanakan aktiviti pelaburan bagi pembiayaan pengurusan skim TAWAS yang dirancang sebelum ini.

Menurut laporan itu sijil simpanan tetap untuk ahli TAWAS juga lewat dikeluarkan manakala garis panduan atau 'Standard Operating Procedure (SOP) adalah tidak lengkap.

No comments: