Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, October 14, 2012

Program Kesedaran Kanser anjuran KanWork & Care bersama DUN Permatang dapat beri manafaat kepada rakyat - Noh Omar

TANJONG KARANG, 13 Okt – Program Kesedaran Kanser anjuran KanWork & Care dari UPM bersama ADUN Permatang, telah berjaya menarik orang ramai khususnya penduduk-penduduk dari sekitar DUN permatang menyertainya yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Permatang, Sungai Terap di sini, hari ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada program yang berlangsung bermula dari jam 11:00 pagi dan berakhir pada jam 3:00 petang itu adalah ceramah tentang kanser (kanser payudara), pameran kesedaran kanser dan amalan gaya hidup sihat, sessi berkongsi pengalaman bersama survivor kanser, demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara, pendaftaran subsidi mammogram dan pemeriksaan payudara klinikal.

Program telah dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Indastri Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang.

Di dalam ucapannya, beliau berharap agar program seperti ini dapat memberi pendedahan terutama kepada wanita-wanita tentang penyakit kanser payudara ini serta memberi manafaat kepada rakyat khusunya di Tanjong Karang ini, dan semoga usaha-usaha murni ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang.

No comments: