Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, October 13, 2012

VIDEO.!!! Noh Omar Turun Padang Selesai Masalah Petani

TANJONG KARANG - Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, membuat tinjauan ke kawasan sawah padi di kawasan Sawah Sempadan Tanjong Karang di sini, hari ini.

Datuk Seri Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang memberitahu pada sidang media berdasarkan tinjauan beliau hari ini mendapati hanya 20 hingga 30 paratus kawasan di kawasan Sawah Sempadan diserang penyakit bena perang, bintik perang, ulat batang, lecur daun dan reput tangkai.

Beliau berkata sehubungan itu, pesawah perlulah meneruskan amalan turun ke sawah dan mereka juga boleh memilih jenis racun yang terbaik daripada 42 jenama racun yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dengan mengikut kesesuaian tanah mereka.

Dalam masa yang sama, beliau turut memberi tahu apabila berlakunya penyakit seperti ini pihak IADA Barat Laut juga menyediakan 5 jenis racun tambahan yang akan dikawal selia oleh pihak IADA sendiri bagi membantu menyelesaikan masalah penyakit seperti ini.

No comments: