Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, October 22, 2012

Noh Omar makan malam dan ramah mesra bersama kakitangan dan ahli lembaga pelawat Hospital Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR, 21 Okt – Menteri yang sentiasa dengan dengan rakyat walau dalam apa jua keadaan. Ini dapat dilihat apabila Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, menteri pertanian Dan industry Asas Tani, merangkap Ahli Parlimen Tanjong karang, walaupun beliau mempunyai masa yang terhad dan dalam keadaan hujan lebat, tetapi beliau tetap hadir di Majlis Makan Malam Dan Ramah Mesra bersama kakitangan dan ahli lembaga pelawat Hospital Tanjong Karang.

Turut hadir pada majlis itu, Tuan Haji Sulaiman Abdul Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang , serta beberapa ahli kepimpinan dari Barisan Nasional Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Majlis telah berlangsung di Dewan Malawati Grand Ballroom, Hotel De Palma Kuala Selangor di sini, Ahad malam.

Ketika berucap pada majlis itu, Datuk Seri Noh telah menyatakan amat berterima kasih beliau kepada kesemua yang hadir khususnya kakitangan Hospital Tanjong Karang kerana jasa-jasa khidmat yang telah mereka berikan selama ini kepada seluruh masyarakat di daerah Kuala Selangor ini.

Sebaik sahaja selesai berucap, beliau turut menyampaikan anugerah kakitangan cemerlang kepada kakitangan-kakitangan hospital tersebut.

Majlis dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan kebudayaan daripada kakitangan hospital dan cabutan nombor bertuah sambil kesemua tetamu yang hadir menikmati hidangan jamuan makan malam yang disediakan.

No comments: