Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, October 1, 2012

Noh cabar ADUN Sekinchan buka balik fail exco

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menempelak anggota dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Sue Lim kerana mendakwanya mendapat tanah untuk projek ternakan udang di kawasan Tanjung Karang selepas menjadi ahli parlimen.

Bahkan, timbalan ketua Umno Selangor itu menyifatkan tindakan Ng membangkitkan isu tersebut sebagai "menampakkan kebodohannya" dan tidak mengetahui mengenai proses permohonan tanah.

Noh menjelaskan, permohonan tanah diluluskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri pada 8 Mac 1995 sedangkan beliau menjadi calon ahli parlimen pada April 1995.

"Saya nampak bila ADUN DAP bercakap, nampak sangat kebodohan dia sebagai ADUN. Dia hanya tengok borang 5A (yang mengesahkan pemilikan tanah) keluar.

"Nak dapat tanah dia mesti memohon, selepas mohon, masuk ke jawatankuasa tanah, selepas jawatankuasa tanah lulus, baru masuk mesyuarat exco.

"Exco lulus, baru keluar borang 5A. Jadi saya nak cabar ADUN Sekinchan, sekarang dia jadi kerajaan, buka balik, tengok bila exco lulus permohonan tanah saya itu," katanya.

Justeru, Noh menggesa Ng menghentikan mempolitikkan isu itu kerana ia cuma menampakkan "kebodohan" diri sendiri.

"Lebih banyak dia bercakap tentang tanah udang lebih banyak nampak kebodohannya. Saya dah kata projek udang ini dah mula 16 tahun dulu, bukan sekarang... Projek mula, saya belum jadi menteri lagi," katanya. [selanjutnya..]

Sumber - Malaysiakini

No comments: