Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, October 3, 2012

Mahkamah perintah tanah milik YBK dikembalikan.. Apa macam Khalid Ibrahim...?

KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER - Ingat tak lagi kes yang pernah mengemparkan negara, kisah pertikaian tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dirampas oleh kerajaan PKR Selangor kerana tidak bayar cukai. Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanah milik YBK yang dirampasnya kepada yayasan itu.

Pertikaian antara YBK dan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu tanah seluas tanah seluas 323.7 hektar di Serendah Hulu Selangor itu pernah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan.

Banyak pemerhati politik melihat isu tersebut satu penginayaan kepada YBK dan rakyat Selangor kerana perbezaan idealogi politik.

Ini kerana tidak pernah ada kejadian kerajaan negeri rampas tanah yayasan hanya kerana tidak bayar cukai, dan lebih mendukacitakan, adalah hasrat penduduk Selangor dan khususnya Serendah menikmati limpahan ekonomi berikutan cadangan membina IPTA di situ juga berkubur.

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Hakim Hadariah Syed Ismail ketika memutuskan perkara itu berkata, tanah seluas 323.7 hektar itu perlu dikembalikan setelah hak ke atasnya dilucutkan sejak 2010.

Asalnya tanah tersebut hendak digunakan untuk pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah gagal dilaksanakan kerana tidakan kerajaan Selangor itu.

Semuanya berpunca dari ego kerajaan PKR Selangor, isu tanah YBK menjadi perhatian umum apabila YBK menolak cadangan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi YBK dan Exco negeri, Rodziah Ismail memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebelum kelulusan membina kampus UiTM itu diberikan.

Berikutan itu, Kerajaan PKR memutuskan tanah itu dirampas atas alasan YBK gagal membayar cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta setelah tempoh tiga bulan yang diberikan berakhir 29 Januari lalu.

Berbagai usaha dibuat bagi menyelesaikan isu tersebut namun menemui jalan buntu.

Menurut Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom dalam penjelasannya kepada media ketika isu tersebut hangat diperkatakan antara punca YBK tidak membayar kesemua cukai tanahnya di Serendah itu kerana tanah tersebut masih belum dibangunkan untuk dibayar premiumnya dan isu itu timbul hanya apabila UiTM menawarkan projek pembinaan kampus barunya di tanah milik YBK tersebut.

Untuk rekod Yayasan Melaka pernah membayar RM5.46 juta kepada Kerajaan Selangor bagi membantu YBK membayar tunggakan cukai tersebut, namun Khalid Ibrahim mengarahkan cek tersebut dipulangkan semula.

Berikutan ding-dong itu kampus UiTM yang sepatutnya dibina di Serendah dipindahkan ke Merlimau Melaka selepas ketiadaan kata sepakat antara YBK dan Kerajaan Selangor.

YBK kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan PKR Selangor.

No comments: