Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, October 16, 2012

Kerajaan tidak pernah pinggirkan nelayan - NOH OMAR

KANGAR - Kerajaan tidak pernah meminggirkan nelayan dan mereka masih menerima elaun sara hidup RM200 sebulan sekalipun langkah tersebut sepatutnya berakhir pada 2010.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata pemberian elaun yang diperkenal pada 2008 itu juga bukan janji pilihan raya, sebaliknya usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan tersebut.

"Kerajaan melaksanakan perkara ini selepas pilihan raya umum 2008 dan ini bukan janji pilihan raya, sedangkan pembangkang yang menjanjikan pelbagai bantuan tidak banyak yang dapat ditunaikan," katanya.

Beliau berucap pada majlis majlis penyerahan elaun sara hidup nelayan Perlis Selatan, dekat sini malam tadi. Kira-kira 600 nelayan menerima bantuan itu.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan juga memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuan membaiki rumah yang boleh mencecah sehingga RM10,000 bagi diguna nelayan terbabit membaik pulih rumah mereka.

Sementara itu, dalam lawatan sehari ke Perlis, Noh mengadakan pertemuan dengan pesawah dan menyampaikan bantuan berjumlah RM4 juta kepada pesawah di Perlis yang diancam "padi angin" serta melawat rumah pam Bukit Kedak dekat sini.

Rumah pam bernilai RM7 juta itu berfungsi mengalirkan air dari empangan Timah Tasoh ke Kampung Semadong sejauh 13 kilometer bagi membolehkan 120 hektar sawah di kawasan berkenaan dapat ditanam padi dua kali setahun. - Bernama

No comments: