Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Wednesday, October 31, 2012

JANJI DITEPATI - Seramai lebih 1000 nelayan terima elaun sara hidup di Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR, 30 Okt - Seramai lebih 1000 nelayan dari Parlimen Tanjong Karang dan Parlimen Kuala Selangor hari ini telah menerima bayaran Elaun Sara Hidup Tunai Nelayan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, pada majlis yang diadakan di Dewan Dato' Seri Abu Hassan Omar, Kuala Selangor di sini. petang tadi.

Kerajaan tidak pernah meminggirkan nelayan dan mereka masih menerima elaun sara hidup RM200 sebulan walaupun lengkah tersebut sepatutnya berakhir pada 2010.

Datuk Seri Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, pemberian elaun yang diperkenalkan pada 2008 itu juga bukan janji pilihanraya. Sebaliknya usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan nelayan.

"Kerajaan melaksanakan perkara ini selepas pilihanraya umum 2008 dan ini bukan janji pilihanraya. Sedangkan pembangkang yang menjanjikan pelbagai bantuan tidak banyak yang dapat ditunaikan," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau turut berkata, kerajaan persekutuan juga telah memberi pelbagai bentuk bantuan lain seperti bantuan membaiki rumah yang boleh mencecah hingga RM10 ribu untuk digunakan oleh nelayan terbabit membaikpulih rumah mereka.

Pada majlis itu juga, Datuk Seri Noh turut mengadakan sessi dialog bersama nelayan bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh mereka.

No comments: