Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, October 18, 2012

BUKTI.!!! Projek kolam takungan dapat kebenaran kerajaan negeri - IADA

KUALA SELANGOR, 17 Okt. - Agensi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor hari ini menjelaskan projek pembinaan kolam takungan di Sabak Bernam, dekat sini telah mendapat kebenaran daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Penjelasan itu sekali gus menolak dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari yang sebelum ini mendakwa kerajaan PKR Selangor tidak pernah memberi kebenaran kepada IADA untuk membangunkan projek bernilai RM25.76 juta itu.

Pengarah IADA Barat Laut negeri, Muhammad Nasir Kushairi berkata, pihaknya menerima surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam yang memaklumkan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 8 September 2010 telah meluluskan permohonan pewartaan tanah bagi rizab kolam takungan itu.

"Pada Januari 2011 pula, IADA menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang memaklumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah secara rasmi meluluskan permohonan mewartakan tanah kerajaan bagi rizab kolam takungan.

"Permit penggunaan bagi memasuki kawasan hutan pula diterima daripada Jabatan Perhutanan Negeri dan ia sah bermula 4 Januari lalu hingga 31 Disember 2012," katanya dalam sidang media di Pejabat IADA Barat Laut Selangor di sini hari ini. [Artikel Selanjutnya..]

============================================

Noh Omar cabar Yaakob Sapari Letak Jawatan, kerana Memalukan Kerajaan PKR

Saya merujuk kepada kenyataan Exco Pertanian Selangor YB Dr Yaakob Sapari di laman web rasmi kerajaan Selangor yang menyifatkan saya seorang menteri yang jahil dan tidak tahu soal urusan pentadbiran dalam isu projek IADA bagi Kolam Takungan di Barat Laut Selangor.

Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak dimaklumkan berkenaan projek tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang Exco yang tidak melakukan kaji selidik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau. [Artikel Selanjutnya..]
Kronologi isu pemberhentian kerja tapak oleh
Jabatan Pehutanan Negeri Selangor bermula dari tahun 2009 sehingga 2012
[SUMBER - BLOG www.nohomar.net]
[...] Ini adalah bukti bahawa pemimpin PKR hanya pandai bercakap dan mempolitikkan semua isu. Suka saya menasihatkan Exco Pertanian supaya pergi belajar dulu cara-cara menjadi pentadbir di dalam kerajaan sebelum mempertikaikan orang lain. [Artikel Selanjutnya..]

No comments: