Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, October 7, 2012

Ahli Parlimen Tanjong Karang Turun Padang - Noh Omar Bersama Nelayan Di Kampung Sungai Yu

TANJONG KARANG - Datuk Seri Haji Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, YB Tuan Haji Sulaiman Bin Abdul Razak, turun padang dan beramah mesra bersama nelayan dan peniaga hasil laut di Jeti Nelayan Kampung Sungai Yu di sini, pada Jumaat petang 5 Oktober.

Jeti Nelayan yang dibangunkan akan dijadikan salah satu hub pendaratan hasil tangkapan ikan oleh nelayan dan menjadi lokasi pasar ikan yang peniaganya terdiri daripada penduduk sekitar bagi memasarkan ikan segar di kawasan Tanjong Karang.

Selain itu, di jeti ini terdapat juga kemudahan chalet yang menjadi salah satu tarikan pelancong khususnya kepada kaki pancing untuk menginap disini. Dengan adanya kemudahan ini ianya juga dapat memberikan sumber pendapatan kepada penduduk di Kampung Sungai Yu ini.

Di sidang media yang dibuat di lokasi yang sama, Datuk Seri Noh Omar turut menjawab beberapa isu semasa yang berlaku di Negeri Selangor ini.

Antara isu yang disentuh adalah berkenaan kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meneruskan pembinaan UiTM cawangan Selangor di Serendah di atas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dulunya dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor.


Mahkamah telah memerintahkan tanah itu dipulangkan kembali kapada Yayasan Basmki Kemiskinan (YBK) kerana tanah tersebut dirampas tidak mengikut peraturan.

Ini membuktikan kerajaan BN sebuah kerajaan yang menepati janji dan perihatin terutamanya dalam bidang pendidikan.

Selain itu, beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap Kerajaan Negeri Selangor mempolitikkan pembinaan Kampus UiTM tersebut dan mengganggu dengan memberikan bermacam alasan untuk menggagalkan projek tersebut.

Jika pembinaan Kampus UiTM yang baru itu berjaya dilaksanakan ianya akan memberi banyak peluang pembelajaran kepada rakyat terutamanya anak negeri Selangor.

Pada petang itu juga beliau bersama ADUN Permatang berkesempatan untuk menziarah serta memberikan sumbangan ke beberapa rumah warga emas dan pesakit terlantar yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Yu bagi meringankan beban mereka.

No comments: