Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, September 27, 2012

Sikap Boros Anwar Ibrahim Berbelanja RM960,000 Untuk 2 Hari Mendedahkan Tembelangnya

Seharusnya pada masa sekarang kita sudah boleh meludah seorang pemimpin pembangkang yang beberapa minggu lalu ada berkata kalau beliau menjadi Perdana Menteri , beliau takkan duduk di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Kononnya ingin menjimatkan belanja dan tidak mahu membazir kerana kos membayar elektrik yang tinggi. Kata-kata beliau itu hanyalah sekadar tisu tandas yang boleh dipakai buang!

Ini berikutan laporan Utusan Malaysia secara ekslusif mendedahkan kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000). Kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak. Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Sekarang nyatalah Anwar Ibrahim seorang pembohong! Anwar Ibrahim di laman sosial Twitternya ada mendakwa bahawa kemudahan beliau dan rakan-rakannya itu adalah hanya sumbangan dari seorang rakan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan serta imbuhan. Bereapa pihak mula mendesak Anwar Ibrahim agar mendedahkan sumber kewangan beliau untuk menyewa jet berkenaan.

Dr Mohd Puad Zakarshi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau mempunyai seorang kawan yang mempunyai jet persendiria. Apabila rakan beliau itu “parking’ sahaja di Taiwan, rakan beliau itu dikenakan bayaran sebanyak RM50,000. Beliau juga mengesa agar perkara berkenaan disiasat. Anwar Ibrahim adalah pelakon yang hebat. Beliau diibarat seekor “Chameleon” yang boleh merubah mengikut persekitaran.

Pada tahun 1998 dahulu, ketika berceramah, Anwar Ibrahim kembali menggunakan kereta Beetle Volkswagen semata-mata untuk menarik perhatian dan simpati orang ramai. Kata Anwar Ibrahim, selepas dia dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dia telah kehilangan segala-galanya. Dia tiada lagi kereta kecuali kereta buruk itulah yang katanya, merupakan kereta yang digunakan sewaktu dia jadi mudir Yayasan Anda sebelum 1982.

Maka berlakonlah dia ke hulu ke hilir dengan kereta buruk itu untuk meraih simpati. Dan dia sebenarnya berjaya menipu dan memperdayakan kebanyakan rakyat Malaysia pada waktu itu dengan lakonannya yang amat mantap. Maka ramailah yang percaya, Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat dan Anwar Ibrahim adalah mewakili sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih marhein.

Selama hari ini, Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang yang boros, bermewah-mewahan dan suka membazirkan duit rakyat malah dalam ceramah-ceramahnya, beliau menceritakan bahawa rakyat harus berkorban jiwa dan raga, serta harta benda demi menyelamatkan Malaysia. Tapi hakikat sebenarnya, yang selamat hanyalah Anwar Ibrahim sebab dari penjara lagi, keluarganya hidup dalam keadaan mewah sepanjang beliau di dalam penjara. Malah apabila dibebaskan, beliau terus membina sebuah banglo di Segambut bernilai lebih RM7 juta.

Adalah difahamkan kereta pertama yang Anwar Ibrahim beli selepas dibebaskan ialah merupakan sebuah MG Rover 3500 cc yang mempunyai enjin Mustang. Itu baru kereta peribadi beliau, belum lagi pegawai pengiring dan pengawal keselamatan Anwar Ibrahim. Inilah watak sebenar Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim seorang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Beliau harapkan ahli-ahli PKR untuk berkorban harta benda sedangkan dalam masa yang sama, beliau hidup mewah.

No comments: