Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, September 20, 2012

MEMBANTAH DAN MENGECAM TAYANGAN FILEM HINA NABI MUHAMMAD SAW SERTA TINDAKAN BIADAP NGEH KOO HAM MENGHINA UMAT ISLAM - KELAB WARISAN TANJONG KARANG BERSAMA BEBERAPA NGO MEMBUAT LAPORAN POLIS

TANJUNG KARANG, 20 SEPTEMBER - Kelab Warisan Tanjong Karang (KWTK) bersama beberapa lagi NGO membuat laporan polis yang diketuai Sdra. Maruwan, Pengerusi KWTK, berkenaan isu filem 'Innocence of Muslim' arahan pengarah yahudi di Balai Polis Tanjung Karang pada jam 11:00 pagi tadi, di sini hari ini.

Laporan polis dibuat bagi menyatakan bantahan dan mengecam tanyangan filem tersebut yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW serta kenyataan biadap Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, yang berani mempertikaikan tindakan umat Islam dalam mempertahankan maruah agama Islam dan nama baik Nabi Muhammad SAW.

Sebagai seorang pemimpin di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum, sepatutnya Ngeh Koo Ham lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya yang melibatkan isu agama. Tetapi beliau nampaknya cuba untuk mempolitikkan isu yang melibatkan maruah agama Islam.

Agaknya DAP sudah mula merasa terancam dan tertekan sehingga mengeluarkan kanyataan yang terlalu biadap kepada seluruh umat Islam apabila melihat UMNO dan PAS sudah boleh bersama berganding bahu dalam mempertahankan Islam.

No comments: