Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, September 9, 2012

KDN Sedia Kaji Prosedur Penahanan Individu Serah Diri

TANJONG KARANG, 9 SEPTEMBER - Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menghadapi sebarang masalah untuk mrngkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk cara dan tindakan penahanan individu yang menyerah diri. berhubung cara penahanan individu yang menyerah diri.

Menurut Menteri berkaitan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebarang kajian akan diperbincangkan bersama pihak PDRM sebelum sebarang langkah susulan diambil.

Hishammuddin yang ditemui pada Majlis Persidangan UMNO Bahagian Tanjung Karang berkata demikian suuslan kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu berkaitan tindakan pihak polis yang menggari suspek yang menyerah diri kerana terbabit dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Janji Demokrasi baru-baru ini.

Pemimpin MCA itu telah menggesa pihak PDRM melakukan kajian terperinci terhadap penangkapan yang membabitkan wanita dan remaja mengikut SOP. Malah beliau mempersoal kewajaran suspek yang menyerah diri tanpa melakukan sebarang insiden yang membawa keganasan.

Hishammuddin juga menambah, pihaknya yakin program pertukaran banduan dengan negara jiran khususnya Indonesia akan dapat diurus dengan baik.

Katanya, usaha itu bukan saja dapat mengurangkan bilangan banduan asing di negara ini tetapi juga membolehkan rakyat Malaysia yang dijatuhi hukum di negara luar menjalani hukuman penjara di tanah air.

Terdahulu ketika berucap, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau kagum dengan gerak kerja yang dibuat UMNO Tanjong Karang di bawah pimpinan Datuk Seri Noh Omar dalam usaha merampas semula Selangor dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13. - klpos

No comments: