Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, September 7, 2012

Isu Anwar - Noh bidas Abdul Khalid

KUALA SELANGOR - Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berhubung kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan dan bukannya tetamu kehormat jelas menunjukkan beliau keliru dan tidak memahami protokol sambutan kemerdekaan serta peranannya dalam Kerajaan Negeri.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid sehingga kini gagal beri penjelasan berhubung tindakan menjemput Ketua Pembangkang itu pada sambutan malam ambang Merdeka peringkat negeri, baru-baru ini yang hadir menyampaikan ceramah.

“Kalau dipanggil sebagai tetamu jemputan, kenapa Anwar perlu beri ceramah? Kedua-dua Menteri Besar dan Anwar tidak faham peranan mereka pada majlis itu iaitu sama ada sebagai tetamu, penceramah atau perasmi.

“Ini menunjukkan pakatan pembangkang Selangor dalam keadaan ‘caca-marba’ kerana mereka keliru membezakan program rasmi dan politik.

“Saya juga menuntut penjelasan Abdul Khalid sama ada program itu program rasmi Kerajaan Negeri atau program politik apabila menjemput Anwar yang tidak pegang apa-apa portfolio rasmi dalam kerajaan,” katanya selepas menyampaikan alat tulis kepada calon peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abd Razak.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberi ucapan pada sambutan kemerdekaan peringkat negeri, Khamis lalu, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Beliau berkata, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku kerana ia program rasmi Kerajaan Negeri.

“Kebiasaannya, kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi Kerajaan Negeri, Menteri Besar ganti tempat baginda. Tetapi, mengapa Anwar dijemput dan berucap, sedang ini program rasmi, bukan program politik?” katanya. - Sinar

No comments: