Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Friday, September 21, 2012

GAMBAR.!!! DEMO PROTES FILEM HINA ISLAM - Pemuda UMNO Gesa AS, Perancis Ambil Tindakan Terhadap Penerbit Filem Hina Islam

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER - Pemuda Umno menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis mengambil tindakan terhadap penerbit filem serta pelukis karikatur yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Presidennya, Khairy Jamaluddin berkata, jika tiada tindakan yang diambil maka mereka dianggap bersubahat dalan melakukan penghinaan secara langsung terhadap agama dan umat Islam.

"Jika anda menghormati kami, kami akan menghormati kamu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan aman membantah penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru, di sini.

Hadir sama pada perhimpunan aman tersebut ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Presiden Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Datuk Seri Hasan Ali dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.

Lebih 3,000 orang berhimpun di depan Masjid Kampung Baru bagi membantah penghinaan agama Islam menerusi tayangan filem 'Innoncent of Muslims' di Youtube dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuah majalah di Perancis.

Hari ini, Pemuda Umno dan Pemuda Pas selesai mengadakan himpunan aman memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru dan pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

No comments: