Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Saturday, September 29, 2012

Rakyat terus dapat pembelaan - Bajet 2013

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER - Bajet 2013 memberi tumpuan kepada pembangunan negara menerusi pertumbuhan ekonomi yang mampan selain memastikan rakyat terus mendapat pembelaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, agenda pembangunan negara perlu diteruskan dalam Bajet 2013 ketika ekonomi dunia sedang bergolak. "Pembangunan negara adalah satu perkara yang amat penting dalam keadaan ekonomi dunia sedang bergolak. Ia membuktikan kita mampu melaksanakannya dan pada masa sama memenuhi keperluan rakyat," katanya ketika ditemui BH Online di pekarangan bangunan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di sini, petang tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, pendekatan Bajet 2013 adalah membanggakan selain kementeriannya turut menikmati peruntukan tambahan.

Malah, katanya, buat pertama kali penambahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diumumkan dalam pembentangan bajet sekali gus disifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Dengan peruntukan tambahan yang diumumkan menerusi Bajet 2013, ia mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi KDN," katanya.

Mengulas peruntukan untuk sektor pertanian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia adalah bajet terbaik dengan mengambil kira keperluan semua golongan.

"Tiada golongan yang tercicir dan rakyat boleh menilai bagaimana kerajaan terus memberikan pembelaan kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Bajet 2013 mempunyai rancangan yang mantap bagi menurunkan defisit negara yang menjadi isu sejak akhir-akhir ini.

"Ini dapat memastikan kadar pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang iaitu dari 4.5 peratus hingga lima peratus dan ia adalah satu angka yang agak baik memandangkan keadaan ekonomi dunia yang agak mencabar," katanya.

Malah, beliau mewakili Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengucapkan terima kasih kerana bajet kali ini yang menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui SME Bank kerana satu isu yang dialami golongan ini adalah kesukaran untuk membuat pinjaman.

"Saya berharap, peruntukan yang disediakan ini memudahkan industri PKS mendapatkan pinjaman daripada institusi pinjaman sekali gus memajukan perkembangan ekonomi negara," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan yang disediakan adalah yang terbanyak berbanding tahun sebelumnya dan ia sudah pasti memudahkan pihaknya mempersiapkan kontinjen bagi menghadapi Sukan Olimpik 2016.

"Sebenarnya, ia di luar dugaan sama sekali. Ini jelas menunjukkan betapa serius dan dekatnya hati Perdana Menteri kepada bidang sukan.

"Beliau faham sukan bukan sekadar mendapat pingat malah ia sebagai medium untuk atlit khususnya golongan belia meningkatkan semangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara," katanya.

Intipati & ringkasan pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013

Intipati & ringkasan pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

    Berikut Intipati pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 :-

  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
  • RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
  • KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
  • Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
  • RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
  • RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
  • RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
  • Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
  • RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
  • Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
  • Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
  • Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.
  • Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.
  • Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".
  • Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
  • Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
  • Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
  • Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
  • Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
  • Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
  • Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

>>>MUAT TURUN Teks Ucapan Bajet 2013<<<

Friday, September 28, 2012

Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2013 Malaysia

Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2013 Malaysia. Live Streaming secara online juga boleh diakses pada tarikh ucapan perbentangan tersebut. Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Parlimen Malaysia

Selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2013 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Bajet 2013. Siaran langsung ini boleh didapati dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my. Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2013.

Selain dari itu Bajet 2013 juga boleh ditonton secara online di:

Mobile Web – http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
Pautan RSS – http://www.treasury.gov.my

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my
Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my
Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my
Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

Keputusan Pilihan Raya Kampus 2012 Pro Aspirasi Menang Sumber: Keputusan Pilihan Raya Kampus 2012 Pro Aspirasi Menang - Petanda Anak Muda Bersama Kerajaan

Berikut adalah keputusan penuh pilihan raya kampus 2012 yang membabitkan IPTA di Malaysia. Pro Aspirasi menang besar hampir seluruh kerusi di IPTA. Pengiraan berdasarkan undi rasmi bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2012/2013.

Siapa yang cakap anak muda atau pengundi muda bersama pakatan? Pro Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya kampus di 17 daripada 20 buah universiti awam apabila memenangi 543 kerusi daripada 620 kerusi yang dipertandingkan. Pro-Aspirasi menumpaskan lawan tradisi mereka Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang dilihat sebagai pro pembangkang.

Retorik pakatan semakin merapu apabila dikatakan anak muda akan mengundi pakatan dalam PRU akan datang. Tapi mana kebenaran dan buktinya?

Kesian. Pakatan hanyalah bermimpi mendapat undi anak muda.

Adakah mahasiswa sudah pandai memilih siapa yang patut dipilih? Kita nantikan PRU akan datang.

Thursday, September 27, 2012

Sikap Boros Anwar Ibrahim Berbelanja RM960,000 Untuk 2 Hari Mendedahkan Tembelangnya

Seharusnya pada masa sekarang kita sudah boleh meludah seorang pemimpin pembangkang yang beberapa minggu lalu ada berkata kalau beliau menjadi Perdana Menteri , beliau takkan duduk di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Kononnya ingin menjimatkan belanja dan tidak mahu membazir kerana kos membayar elektrik yang tinggi. Kata-kata beliau itu hanyalah sekadar tisu tandas yang boleh dipakai buang!

Ini berikutan laporan Utusan Malaysia secara ekslusif mendedahkan kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000). Kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak. Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Sekarang nyatalah Anwar Ibrahim seorang pembohong! Anwar Ibrahim di laman sosial Twitternya ada mendakwa bahawa kemudahan beliau dan rakan-rakannya itu adalah hanya sumbangan dari seorang rakan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan serta imbuhan. Bereapa pihak mula mendesak Anwar Ibrahim agar mendedahkan sumber kewangan beliau untuk menyewa jet berkenaan.

Dr Mohd Puad Zakarshi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau mempunyai seorang kawan yang mempunyai jet persendiria. Apabila rakan beliau itu “parking’ sahaja di Taiwan, rakan beliau itu dikenakan bayaran sebanyak RM50,000. Beliau juga mengesa agar perkara berkenaan disiasat. Anwar Ibrahim adalah pelakon yang hebat. Beliau diibarat seekor “Chameleon” yang boleh merubah mengikut persekitaran.

Pada tahun 1998 dahulu, ketika berceramah, Anwar Ibrahim kembali menggunakan kereta Beetle Volkswagen semata-mata untuk menarik perhatian dan simpati orang ramai. Kata Anwar Ibrahim, selepas dia dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dia telah kehilangan segala-galanya. Dia tiada lagi kereta kecuali kereta buruk itulah yang katanya, merupakan kereta yang digunakan sewaktu dia jadi mudir Yayasan Anda sebelum 1982.

Maka berlakonlah dia ke hulu ke hilir dengan kereta buruk itu untuk meraih simpati. Dan dia sebenarnya berjaya menipu dan memperdayakan kebanyakan rakyat Malaysia pada waktu itu dengan lakonannya yang amat mantap. Maka ramailah yang percaya, Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat dan Anwar Ibrahim adalah mewakili sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih marhein.

Selama hari ini, Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang yang boros, bermewah-mewahan dan suka membazirkan duit rakyat malah dalam ceramah-ceramahnya, beliau menceritakan bahawa rakyat harus berkorban jiwa dan raga, serta harta benda demi menyelamatkan Malaysia. Tapi hakikat sebenarnya, yang selamat hanyalah Anwar Ibrahim sebab dari penjara lagi, keluarganya hidup dalam keadaan mewah sepanjang beliau di dalam penjara. Malah apabila dibebaskan, beliau terus membina sebuah banglo di Segambut bernilai lebih RM7 juta.

Adalah difahamkan kereta pertama yang Anwar Ibrahim beli selepas dibebaskan ialah merupakan sebuah MG Rover 3500 cc yang mempunyai enjin Mustang. Itu baru kereta peribadi beliau, belum lagi pegawai pengiring dan pengawal keselamatan Anwar Ibrahim. Inilah watak sebenar Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim seorang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin. Beliau harapkan ahli-ahli PKR untuk berkorban harta benda sedangkan dalam masa yang sama, beliau hidup mewah.

Elok Sangat Pahang Tak Bekal Air Ke Selangor

Awal minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.

Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.

Menurut Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Tidak semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor.

Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu.

Manakan tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.

Untuk mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.

Jika sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.

Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.

Kata Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.

Jadi, teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?

Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan 'ugutan' dari MB Pahang.

Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.

Tambah bodoh lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang.

Sumber - GPRS

Wednesday, September 26, 2012

VIDEO.!!! Noh jawab tuduhan Yaakob Sapari dan minta kerajaan Selangor wartakan tanah TKPM

SHAH ALAM, 25 SEPTEMBER - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini meminta kerajaan Selangor agar segera mewartakan tanah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi membela nasib golongan petani di negeri itu.

Beliau berkata demikian bagi merujuk tindakan kerajaan negeri yang sanggup menjual beberapa tanah pertanian termasuk di Taman Agroteknologi Pertanian (TAP) Bestari Jaya, Kuala Selangor selain sebuah lagi tanah TKPM di Ulu Yam yang diusahakan oleh golongan petani sejak sekian lama.

"Pembangkang (Pakatan Rakyat) cukuplah jadi hero pada masyarakat... jaga tanah pertanian dan tolong wartakan tanah TKPM yang ada kalau mereka benar-benar mahu membela nasib rakyat.

"Kita sedar, tanah itu tanah kerajaan negeri, tetapi pembangunan di kawasan tersebut melibatkan kementerian pertanian serta kerajaan di mana ia telah dibangunkan berpuluh tahun lamanya untuk tujuan pertanian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Pertubuhan Peladang Negeri di sini.

Noh berkata pihaknya juga tidak pernah berhasrat untuk menjual tanah pertanian yang ada, termasuk tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Serdang seperti yang didakwa oleh Exco Pertanian Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari.

"Saya tidak tahu tanah mana yang beliau maksudkan. Kita nak jual tanah ini bukannya mudah... banyak kita perlu buat. Saya minta exco ini (Yaakob) jangan sibuk pada tanah orang, jaga tanah sendiri cukuplah.

"Kalau dia betul-betul nak tolong sektor pertanian negeri ini dan ikhlas untuk membantu, saya cabar dia agar segera mewartakan tanah (TKPM) ini," katanya.

VIDEO.!!! Siswazah mampu jadi usahawan tani berjaya - Noh Omar

SERDANG, 24 SEPTEMBER - Kerajaan yakin dapat melahirkan lebih ramai petani moden atau pengusaha industri asas tani yang berjaya di kalangan graduan melalui Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Noh berkata kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menawarkan skim pinjaman bebas penjamin kepada ahli-ahli MyAgrosis.

Beliau berkata MyAgrosis, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada penghujung tahun lepas, telah menampakkan hasil yang baik dengan semakin ramai siswazah menunjukkan minat menceburi sektor pertanian moden yang menyumbang pendapatan tinggi.

"Di Universiti Putra Malaysia (UPM) sahaja, kita dapati 30 siswazah telah menjadi usahawan tani.

"Ia adalah bukti bahawa siswazah boleh usahakan sektor pertanian dan penternakan secara moden dan menguntungkan.

"Kerajaan juga yakin MyAgrosis akan menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai teras pengeluaran makanan negara serta tidak terlalu bergantung kepada import makanan dari luar negara," katanya ketika melancarkan kelab MyAgrosis dan Mini Maha UPM di sini, malam tadi.

Bagi menjayakan program itu, Noh berkata kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi menawarkan skim pinjaman bebas penjamin kepada ahli-ahli MyAgrosis dengan jumlah maksimum sebanyak RM30,000 bagi mereka yang menyertai perniagaan pertanian.

Pada majlis itu Noh turut mengumumkan peruntukan RM150,000 untuk kelab MyAgrosis UPM.

Monday, September 24, 2012

Calon MB - Jangan sibuk, Noh bidas PKR

SHAH ALAM, 23 SEPTEMBER – Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.

Zuraida turut menyatakan bahawa, Noh dan Koordinator BN Negeri, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terkeluar daripada senarai calon Menteri Besar Selangor kerana mendakwa kedua-dua pemimpin itu tidak disenangi rakyat.

Noh bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya beliau menegaskan, BN mempunyai ramai tokoh dan tidak ketandusan calon yang layak menjadi Menteri Besar Selangor, lebih baik daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR.

Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.

Sunday, September 23, 2012

MENTERI BERJIWA RAKYAT - Dato Seri Noh Omar Tunaikan Janji Laksanakan Tanggungjawab

TANJUNG KARANG - Dato Seri Noh Omar selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8:00 malam tadi setelah beberapa hari berada di Negara China bagi menyelesaikan masalah pengeksportan sarang burung walit antara Malaysia dan negara tersebut.

Hasil dari pertemuan tersebut, Negara China telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengeksport semula sarang burung walit tempatan dengan beberapa syarat yang yelah dipermudahkan bagi memudahkan pengusaha dan pengeksport burung walit Malaysia meneruskan perniagaan mereka.

Setibanya beliau di Lapangan Terbang tanpa membuang masa, beliau terus pulang ke kawasan Parlimennya bagi menziarahi seorang penduduk yang telah meninggal dunia petang semalam.

Tuan Haji Sarif Aspar, Pengerusi JKKKP Kampung Blok A,G,H Sawah Sempadan yang juga memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan Segemal telah meninggal dunia lebih kurang jam 4 petang semalam akibat stroke dan jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Dato' Manan, Tanjung Karang di sini, hari ini.

Begitu hebat seorang pemimpin yang berjiwa rakyat tanpa mengira penat lelah, sanggup pulang untuk menziarahi rakyat tempatan yang berada dalam kawasan parlimennya walaupun penat masih belum hilang akibat perjalanan jauh yang mengambil masa yang panjang.

Pemimpin seperti inilah yang harus dihormati kerana bertanggungjawab dalam tugasnya sebagai pemimpin kawasannya dan sedia membantu dan menyelesaikan masalah yang dibawa oleh rakyat mengikut saluran yang telah diberikan.

Syabas Dato Seri Noh Omar.. Teruskan Usahamu... Kami Sentiasa Bersamamu..

Saturday, September 22, 2012

VIDEO.!!! DS Noh Omar Sahkan MB Selangor @Khalid_Ibrahim Bohong - UNISEL Ada Sijil Menduduki

PUTRAJAYA, 20 SEPTEMBER – Tuduhan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa asrama Unisel yang diselenggara Jana Niaga Sdn Bhd tidak mempunyai permit menduduki (CF) sehingga menyebabkan Unisel tidak membayar hutang kira-kira RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd adalah satu pembohongan semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, inilah sikap menuding jari kesalahan diri sendiri kepada pihak lain sudah menjadi lumrah pemimpin kerajaan negeri, khususnya Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri.

“Tidak ada CF punca Unisel tidak mahu bayar hutang, alasannya. Masih tak mahu mengaku, Unisel dah nak bangkrup, dah tidak ada duit, nak cari alasan lain pula. Dia kata asrama tu tidak ada CF.

“Saya ada bukti bahawa CF telah pun dikeluarkan 3 September 2007. Dia kata tidak ada CF tapi saya ada bukti CF ini. MB ini cakap apa sebenarnya, nak menipu tak habis-habis,” ujarnya mengulas perkembangan kemelut yang berlaki di Universiti Selangor (Unisel).

Dalam masa yang sama, beliau difahamkan bahawa selepas pihak Jana Niaga menghalang pelajar mendaftarkan diri masuk asrama baru-baru ini, pihak pengurusan Unisel memujuk dan cuba berunding dengan pihak Jana Niaga, sehingga pelajar dibenarkan masuk ke asrama.

“Saya difahamkan, sekarang ini pihak Unisel masih belum membayar Jana Niaga. Katanya janji nak bayar tapi difahamkan masih belum bayar lagi. Hutang banyak, kita pun ada bukti juga. Hutangnya (Unisel) banyak, dah dekat RM15 juta dia tak bayar sejak bulan Jun 2009, tak bayar.

“Ini menunjukkan pentadbiran mereka kucar kacir. Sekarang inilah mereka kata nak ambil aset dan sebagainya, itupun sebab saya dah bangkitkan. Sebabnya dia dah tak boleh menipu rakyat, saya nak juga tanya Menteri Besar, kalau dah tahu Unisel rugi, mengapa beli bangunan. Beli satu bangunan kepunyaan PKNS, pembelian unit rumah di Kota Puteri bernilai RM23 juta. Pembelian 113 unit rumah dan 4 unit rumah kedai di Kota Puteri dari PKNS,” tambahnya

Pembelian tersebut tegas beliau lagi menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan Unisel dalam menambah hutang dan sebagainya.

“Untuk apa pembelian ini, kononnnya untuk dijadikan asrama. Asrama yang ada pun kosong, dulu 5000, sekarang ini dengarnya dah tinggal 3000, apa tujuan dia beli.

“Apa tujuan dan motif beli bangunan PKNS di Kota Puteri ini? Sebab nak selamatkan PKNS? Nak lakukan harta PKNS? Yang akhirnya budak-budak yang menjadi mangsa,” tambahnya.

Menurutnya, inilah corak kepimpinan dan pentadbiran PKR yang boleh diibaratkan seperti ‘tikus membaiki labu’.

“Zaman BN dulu dah elok membina dan memajukan Yayasan Selangor, dah bina Unisel, mereka masuk nak tunjuk pandai akhirnya kegemilangan Yayasan Selangor dan Unisel berkubur di bawah pentadbiran kerajaan pakatan Selangor”, katanya.

Apa tersirat di sebalik Twitter Ngeh Koo Ham?

Belum duduk sudah berlunjur... Belum berkuasa sepenuhnya sudah menunjukkan belang... Apa yang dikhuatiri oleh umat Islam Melayu akan Pakatan Rakyat kini sudah dapat dilihat pembayangnya berikutan peristiwa penyebaran filem “Innocence of Muslims” di alam siber.

Ketika umat Islam sedunia, termasuk di Malaysia, terguris oleh mesej filem ini, luka iman mereka terus dijirus oleh minyak dan api dek kecacatan watak "keMalaysiaan" seorang pemimpin pembangkang. Meskipun Ahli Majlis Exco Pusat DAP, Datuk Ngeh Koo Ham sudah memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana mempertikaikan kebangkitan umat Islam mempertahankan kehormatan Rasulullah S.A.W, ia tetap memberi gambaran apakah nasib umat Melayu Islam jika Pakatan Rakyat (Pakatan) memerintah negara ini.

Pakatan Rakyat yang bangga dengan Buku Jingganya juga harus mewujudkan instrumen berkesan untuk menangani kelakuan dan keceluparan seperti yang dilakukan oleh pemimpin kanan parti kerabatnya.

Bukan sahaja pakatan pembangkang ini tiada sistem kekangan moral politik yang jelas untuk mendisiplinkan ahli parti kerabat masing-masing, malah keutamaan mereka sekarang ialah untuk memperluaskan konsep hak asasi manusia agar menjadi piagam Pakatan itu sendiri.

Ini kerana DAP terutamanya, yakin jika konsep hak kebebasan bersuara dan hak asasi manusia ini dianuti oleh majoriti pengundi di Malaysia, Pakatan pasti menang.

Sebab itu, agak malang bagi umat Melayu Islam apabila ada pemimpin PAS yang berpandangan bahawa komen atau perbuatan yang mempersoalkan cinta umat Islam pada Rasulullah S.A.W hanya luahan pendapat peribadi Ngeh Koo Ham.

Itu sebenarnya strategi DAP. Apabila baik PAS, dan lebih-lebih lagi PKR, nyaman dengan konsep hak asasi sebagai panduan politik mereka, mudahlah DAP menguasai pemikiran dan tindakan Pakatan Rakyat.

Ini amat berlainan dengan sistem iman umat Islam yang akur bahawa pemikiran dan kebebasan manusia ada batasannya. Sebab itu kalimah tauhid muslim mendahulukan Allah dan kemudian mencurahkan kepatuhan dan kecintaan pada RasulNya.

Ngeh Koo Ham melontarkan persoalan yang memperlekeh umat Islam bukan kerana beliau jahil mengenai adab dan emosi agama umat Melayu-Islam. Malah sebaliknya, beliau bertindak demikian kerana terlalu amat faham sikap dan budi pekerti mereka.

Beliau amat faham bahawa dengan ucapan minta maaf sahaja, semuanya akan kendur dan orang Melayu Islam akan melupakan keterlanjurannya itu.

Betapa tidaknya. Datuk Ngeh Koo Ham yang berumur 51 tahun dan lahir di Ayer Tawar, Perak adalah anak penoreh getah. Beliau beragama Kristian dan menggunakan nama James.

Koo Ham mendapat pendidikan awal di Methodist English School, Ayer Tawar dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan China Shyr Tien Ayer Tawar serta Anglo-Chinese School, Setiawan.

Beliau kemudian belajar undang-undang di Universiti Malaya dan berkhidmat dengan syarikat guaman Nga Hock Chen and Co. di Sitiawan sebelum menubuhkan syarikatnya sendiri, Ngeh and Co di Ayer Tawar dan kini mempunyai cawangan di Ipoh dan Kuala Lumpur.

Koo Ham mula menyertai pilihanraya umum sejak tahun 1990, Beliau, kalah tipis kepada Presiden Gerakan, Datuk Dr Lim Keng Yaik bagi merebut kerusi parlimen Beruas pada 1990.

Bagaimanapun, Koo Ham mula menjadi wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Setiawan sejak 2004. Beliau juga adalah Ketua Pembangkang di DUN Perak hingga tahun 2008.

Pengalaman politiknya luas. Dia mengerti perlembagaan dan sensivitinya. Dia mengenali orang Islam dengan segala emosi dan budi pekertinya. Maka adalah mustahil beliau tidak terfikir bahawa tulisan Twitternya boleh menyinggung perasaan orang Islam.

Malangnya, ramai Melayu Islam hari ini sudah terbuai oleh kempen membenci orang Melayu-Islam sendiri. Kerja ini diketuai oleh Anwar Ibrahim. Yang jadi sasaran ialah pemimpin-pemimpin Melayu juga. Lantas agak sukar untuk mengajak orang Melayu Islam melihat implikasi Pakatan Rakyat jadi pemerintah di Malaysia terhadap orang Melayu-Islam.

Tindakan Koo Ham bukan yang pertama dilakukan oleh pemimpin DAP. Sebelum seorang lagi pemimpin DAP, M Manoharan mahu Jalur Gemilang ditukar serta mempertikaikan komitmen Datuk Lee Chong Wei di sukan Olimpik London.

Sebenarnya, terjahan seperti ini bertujuan mengukur bacaan suhu kefahaman politik orang Melayu-Islam.

Misinya ialah mahu tahu betapa tebal, akrab dan tingginya kasih orang Melayu-Islam akan ikon dan perlambangan nasionalisme dan patriotisme mereka. Nyata dengan bantuan Anwar serta Melayu PKR, patriotisme Malaysia tidaklah begitu tebal. Ucapan maaf boleh mereda dan menjinakkan mereka.

Sebab itu, keterlanjuran ini diulang berkali-kali. Bagi DAP kerabat Pakatan mereka, PAS masih dalam keadaan “keliru” kerana melihat politik dari perspektif Melayu dan pilihan raya sahaja.

Sebaliknya DAP mempunyai perancangan rapi untuk memenangi sayembara politik untuk berkuasa. Maka setiap kali melihat PAS terjaga dari buaian politik Melayu-Islam mereka, DAP akan meminta Anwar Ibrahim menjadi penimbang tara. Maka redalah kegelisahan PAS.

Lulus jarum lulus kelindan. Anwar tahu untuk berkuasa Umno dan BN mesti ditumbangkan. Anwar juga tahu untuk menang, beliau perlu mendapat sokongan bukan Melayu, pengundi Cina terutamanya.

Maka apabila ada isu yang sensitif seperti twitter Koo Ham, Anwar akan mendiamkan diri. Dia akan bersandar pada hujah bahawa itu adalah hak peribadi dan hak kebebasan bersuara individu.

Dengan sikap sedemikian, orang bukan Melayu akan memuji keterbukaan Anwar dan orang Melayu akan berasa silu kerana “terasa kolot” sebab kurang faham tuntutan hak asasi manusia.

Cuma bezanya kali ini, orang Melayu-Islam bangkit untuk menyatakan kecintaan mereka pada Rasulullah yang cuba dihina oleh pihak kafir sedangkan Anwar terus berselindung di sebalik konsep hak asasi.

Sejarah berulang. Namun bilakah orang Melayu Islam seperti pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim sendiri mahu sedar bahawa kerana konsep Malaysian-Malaysia dahulu mereka kehilangan pulau Temasik kepada pemimpin politik yang mengasaskan DAP?

Semuanya belum terlambat. Jika PAS boleh bersabar komitmennya pada hukum Allah seperti hudud boleh dicabar secara terbuka oleh DAP, masihkah PAS mahu bersabar apabila Rasulullah dihina? Anwar Ibrahim pula bagaimana?

Friday, September 21, 2012

GAMBAR.!!! DEMO PROTES FILEM HINA ISLAM - Pemuda UMNO Gesa AS, Perancis Ambil Tindakan Terhadap Penerbit Filem Hina Islam

KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER - Pemuda Umno menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis mengambil tindakan terhadap penerbit filem serta pelukis karikatur yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Presidennya, Khairy Jamaluddin berkata, jika tiada tindakan yang diambil maka mereka dianggap bersubahat dalan melakukan penghinaan secara langsung terhadap agama dan umat Islam.

"Jika anda menghormati kami, kami akan menghormati kamu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perhimpunan aman membantah penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW di pekarangan Masjid Kampung Baru, di sini.

Hadir sama pada perhimpunan aman tersebut ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Presiden Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) Datuk Seri Hasan Ali dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.

Lebih 3,000 orang berhimpun di depan Masjid Kampung Baru bagi membantah penghinaan agama Islam menerusi tayangan filem 'Innoncent of Muslims' di Youtube dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuah majalah di Perancis.

Hari ini, Pemuda Umno dan Pemuda Pas selesai mengadakan himpunan aman memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Himpunan yang berlangsung kira-kira sejam, di Masjid Kampung Baru dan pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Thursday, September 20, 2012

MEMBANTAH DAN MENGECAM TAYANGAN FILEM HINA NABI MUHAMMAD SAW SERTA TINDAKAN BIADAP NGEH KOO HAM MENGHINA UMAT ISLAM - KELAB WARISAN TANJONG KARANG BERSAMA BEBERAPA NGO MEMBUAT LAPORAN POLIS

TANJUNG KARANG, 20 SEPTEMBER - Kelab Warisan Tanjong Karang (KWTK) bersama beberapa lagi NGO membuat laporan polis yang diketuai Sdra. Maruwan, Pengerusi KWTK, berkenaan isu filem 'Innocence of Muslim' arahan pengarah yahudi di Balai Polis Tanjung Karang pada jam 11:00 pagi tadi, di sini hari ini.

Laporan polis dibuat bagi menyatakan bantahan dan mengecam tanyangan filem tersebut yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW serta kenyataan biadap Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, yang berani mempertikaikan tindakan umat Islam dalam mempertahankan maruah agama Islam dan nama baik Nabi Muhammad SAW.

Sebagai seorang pemimpin di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum, sepatutnya Ngeh Koo Ham lebih sensitif dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya yang melibatkan isu agama. Tetapi beliau nampaknya cuba untuk mempolitikkan isu yang melibatkan maruah agama Islam.

Agaknya DAP sudah mula merasa terancam dan tertekan sehingga mengeluarkan kanyataan yang terlalu biadap kepada seluruh umat Islam apabila melihat UMNO dan PAS sudah boleh bersama berganding bahu dalam mempertahankan Islam.

Saturday, September 15, 2012

VIDEO.!!! ISU PENTERNAK BURUNG WALIT - Noh Omar Sekolahkan Ng Swee Lim DAP

TANJUNG KARANG, 15 SEPTEMBER - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini menjawab segala persoalan yang terkandung dalam memorandum yang sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang berhubung isu penternakan sarang burung walit.

Penyerahan memorandum tersebut telah disampaikan oleh Adun Sekinchan, Ng Swee Lim dan disertai kira-kira 100 orang penyokong yang kononnya terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri.

Memorandum tersebut dilakukan oleh persatuan penternak burung walit bagi menunjukkan bantahan terhadap proses menandatangani surat persetujuan diantara Republik China dan Malaysia.

Antara kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut ialah mereka mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) adalah untuk mengaut keuntungan sendiri.

"Saya telah berbincang dengan pihak negara Cina bahawa kita tidak mahu RFID dan ia telah dipersetujui, tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan?.Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, penternak rumah burung walit hanya perlu mendaftarkan rumah tersebut dengan pusat vaterinar.

"Anda (penternak) tidak faham mengenai isu ini, sebab itu anda timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari kabinet," katanya ketika menjawab salah satu memorandum yang dibuat oleh persatuan tersebut di Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya yang dianjurkan oleh NGO-NGO Kawasan Tanjung Karang yang berlangsung di Perkarangan Pejabat Umno di sini hari ini.

Noh menjawab persoalan yang dibuat oleh pihak pakatan pembangkang itu selepas memorandum tersebut dibacakan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit Malaysia, Lim Lai Soon.

Beliau turut menjawab mengenai persetujuan yang akan ditandatangani dengan negara Cina pada 20 September ini.

"Persetujuan ini perlu bagi mengelakkan harga sarang burung walit terus merundum. Dahulu, harga mencecah RM6, 000 dan kini jatuh sehingga RM1, 500.

"Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700, " tambahnya lagi ketika membidas memorandum tersebut.

Tambah Noh lagi, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak mengambilberat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

"Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.Kami (kerajaan) sentiasa tunaikan janji kami kepada rakyat," katanya.

Sesi menjawab berakhir apabila Pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak mampu lagi menahan malu telah mengambil tindakan meninggalkan majlis dialog tersebut walaupun ketika itu Datuk Seri Hj Noh masih lagi menjawab isu yang dibangkitkan.

Demonstrasi dileraikan dengan bantuan pihak polis dan keadaan terkawal.

Thursday, September 13, 2012

VIDEO.!!! Pakatan Selangor Dah Takut Hilang Kuasa – NOH OMAR

KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER - Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya persekutuan menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR takut menyerahkan mandat kepada rakyat bagi memilih pimpinan yang dikehendaki.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan itu juga menunjukkan PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang kerana banyak janji pada pilihan raya lepas masih belum dilaksanakan.

"PKR Selangor tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana melihat rakyat khususnya di Selangor, telahpun kembali sedar tentang penipuan mereka, sebab itu mereka takut dengan rakyat kerana banyak janji yang tidak ditepati.

"Kesimpulannya, PKR Selangor takut serah mandat kepada rakyat dan mereka sudah mula rasa gila kuasa dan kalau boleh mereka tidak mahu pilihan raya diadakan langsung," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Merdekaraya anjuran Pergerakan Wanita BN Selangor di Finas, Hulu Klang disini malam Rabu.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas laporan bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum.

Tindakan itu dilaporkan direstui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diambil ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bertindak terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya terutamanya membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.

Noh turut menyifatkan alasan yang diberikan kerajaan negeri itu hanya helah semata-mata untuk 'membeli masa' bagi membolehkan mereka menyelesaikan pelbagai isu dan kontroversi berkaitan kerajaan Selangor termasuk isu kerugian Universiti Selangor (Unisel), Talam Corporation dan Loji Langat 2.
Sila ikuti wawancara khas bersama Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi Badan perhubungan UMNO Negeri Selangor yang mengulas hasrat Anwar Ibrahim bahawa pihak pakatan tidak akan bersama-sama dalam PRU13 di peringkat pusat bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Mengikut Jejak Rani Osman… Kini, Khalid Ibrahim Pula Menikus… Tee Yong Pula Terima Ugutan!

Nasib rakyat terus dirundung malang apabila antara isu terhangat di Selangor belum lagi terungkai gara-gara ketidakhadiran Menteri Besar dalam debat berkenaan isu Talam Corporation.

Apa yang sangat penting disini ialah ia melibatkan sejumlah wang yang cukup besar, wang rakyat Selangor. Dan ianya berdasarkan hujah dan bukti yang kukuh, yang mana telah dikemukakan oleh Tee Yong sejak Julai yang lalu.

Dan sepanjang itulah rakyat Selangor serta Malaysia didedahkan dengan pelbagai bentuk fakta berkenaan isu ini. Pastinya Khalid Ibrahim juga tahu fakta-fakta yang dikemukakan, tanpa berselindung. Mudah sahaja untuk menjawab sebenarnya, namun, mana mungkin Khalid mahu menjawab dengan jawapan yang bakal membuka pekung di dada sendiri. Lebih baik disorokkan dari pengetahuan rakyat.

Cara terbaik, berdiam diri, dan menghantar sekumpulan pecacai sekadar untuk mengalihkan isu, daripada menjawab isu. Maka, oleh sebab itulah, Khalid berkeputusan menghantar setpol paling “cemerlang” dalam sejarah negeri Selangor, iaitu Faekah Husin. Faekah turut ditemani oleh Tony Pua, William Leong dan Zulkefly Ahmad sekadar untuk mengacau.

Apa taraf, atau kelayakkan mereka-mereka ini untuk menjawab bagi pihak menteri besar? Malahan pula, mereka langsung tidak terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri! Jelas, tujuan mereka dihantar hanya untuk membuat spekulasi, dan mengalihkan isu.

Atau, apakah mereka ini terlibat secara langsung dalam keputusan yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim sebelum ini berkenaan Talam Corporation?

Faekah sekali lagi, setelah berkali-kali, mempamerkan “kecemerlangan” yang konsisten sebaga setpol, apabila bertanya tentang bukti mengenai penyelewengan seperti yang didakwa oleh Tee Yong. Mungkin Faekah terlalu sibuk memikirkan untuk menghilang lebihan minyak di mukanya, sehingga tidak sedar bahawa Tee Yong telah mengemukakan bukti serta fakta di media masa sejak bulan Julai yang lalu! Tee Yong dilihat cukup gentleman, apabila berani turun di lubuk Khalid Ibrahim sendiri, iaitu Bandar Tun Razak. Persis seperti apa yang pernah dilakukan dalam debat yang melibatkan Hasan Ali di Meru. Bak kata pendekar “Alang si Jaguh berkokok, jantannya terserlah bila berkokok di gelanggang lawan”. Berjaya, kerana Khalid gagal menghadirkan diri. Penulis dimaklumkan, Khalid berada di Bangkok, sungguhpun sedia maklum akan penganjuran debat berkenaan.

Keberanian Tee Yong rupanya mengundang gelisah “pihak-pihak yang berkenaan”, apabila beliau telah menerima wang kertas orang mati, yang memberikan maksud ugutan kepadanya. Juga, keratan akhbar berbahasa Cina berkenaan dengan cabaran debat itu. Bukan itu sahaja, kain rentang yang mempromosikan debat ini juga telah banyak hilang, serta disimbah dengan cat merah.

Kalau benar tiada penyelewengan seperti yang didakwa oleh Tee Yong, mengapa pula ada yang “seperti cacing kepanasan”?

Sertai tanam padi baru MRQ76 - NOH OMAR

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Syarikat-syarikat swasta diseru melibatkan diri menanam varieti padi wangi baru, MRQ76 yang dihasilkan melalui penyelidikan hampir sedekad oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di luar kawasan jelapang padi negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, penanaman di luar kawasan jelapang padi dapat membantu menambah pengeluaran hasil padi negara dan memastikan tanah terbiar dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan menghasilkan kualiti padi tinggi.

"Padi wangi ini merupakan hasil penyelidikan ketiga selepas MRQ50 dan MRQ74 yang mempunyai ciri-ciri yang lebih baik lagi.

"Beras wangi ini mengeluarkan bauan wangi seperti pandan yang semula jadi apabila dimasak, sedikit melekit, lembut dan rasa yang cukup baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengisytiharkan Varieti Padi Wangi Baru MRQ76 di Laman Padi, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman.

Dua syarikat tempatan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MARDI iaitu Paddytech Resources Sdn. Bhd. dan Bionic Agro Sdn. Bhd. yang akan mengkomersialkan varieti padi itu di bawah Projek Permulaan (EPP) 9.

Tambahnya, beras itu juga sesuai dimakan oleh penghidap diabetis kerana kadar glukos yang rendah.

"Penanaman varieti padi wangi ini dapat mengurangkan import padi negara yang pada masa ini sebanyak 30 peratus. 25 peratus daripada jumlah itu adalah padi wangi.

"Pada tahun ini sebanyak 80 hektar kawasan penanaman padi ini akan diusahakan oleh syarikat tempatan itu dan akan terus dikembangkan lebih 120 hektar dan tahun depan sekurangnya 500 hektar. Menjelang 2020, kita menyasarkan sebanyak 18,200 hektar kawasan padi di negara," jelasnya.

Sementara itu, Noh berkata, sebuah jawatankuasa integrasi akan ditubuhkan yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian yang melibatkan beberapa agensi seperti Mardi yang melakukan penyelidikan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang mewakli petani.

"Jawatankuasa ini ditubuhkan agar memastikan rantaian nilai dapat diteruskan daripada penghasilan varieti padi baru yang lebih baik yang memerlukan sistem pengairan air yang berkesan dan pengusahanya iaitu petani," katanya.

Monday, September 10, 2012

2 VIDEO PANAS.!!! BODYGUARD ANWAR ACU PISTOL PADA ORANG RAMAI

Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Ceramah Merdekanya terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin, Melaka kelmarin (sabtu). Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki Melayu dari sebuah kereta Toyota Camry bernombor plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim.

Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa yang dia nak bunuh dan demi siapa? Anwar Ibrahim sudah mula menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri. Esok lusa apakah peluru dari pistol berkenaan akan dilepaskan. PDRM disarankan agar menyiasat kejadian berkenaan.


Video kejadian di mana pihak Polis menahan dan merampas pistol yang dimiliki oleh pengawal peribadi Anwar Ibrahim kini didedahkan kepada umum. Kejadian berlaku kelmarin di Kampung Rim, Jasin, Melaka. Video dirakam oleh sahabat Facebook, Marko Nar, dapat disaksikan seperti di dalam video di atas.

Dalam kejadian sebelumnya, pegawal peribadi Anwar Ibrahim kelihatan mengacukan pistol ke arah orang ramai turut dirakamkan oleh sahabat blogger dari Jasin, Jiwa Paradox, seperti di bawah. Pihak pembangkang khususnya Pakatan Haram, masih lagi berada di dalam keadaan "state in denial" dengan menafikan bahawa UMNO sengaja mensensasikan kejadian tersebut. Hakikatnya, pembaca boleh nilaikan sendiri kedua-dua video yang disertakan.

Sunday, September 9, 2012

KDN Sedia Kaji Prosedur Penahanan Individu Serah Diri

TANJONG KARANG, 9 SEPTEMBER - Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menghadapi sebarang masalah untuk mrngkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk cara dan tindakan penahanan individu yang menyerah diri. berhubung cara penahanan individu yang menyerah diri.

Menurut Menteri berkaitan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sebarang kajian akan diperbincangkan bersama pihak PDRM sebelum sebarang langkah susulan diambil.

Hishammuddin yang ditemui pada Majlis Persidangan UMNO Bahagian Tanjung Karang berkata demikian suuslan kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu berkaitan tindakan pihak polis yang menggari suspek yang menyerah diri kerana terbabit dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Janji Demokrasi baru-baru ini.

Pemimpin MCA itu telah menggesa pihak PDRM melakukan kajian terperinci terhadap penangkapan yang membabitkan wanita dan remaja mengikut SOP. Malah beliau mempersoal kewajaran suspek yang menyerah diri tanpa melakukan sebarang insiden yang membawa keganasan.

Hishammuddin juga menambah, pihaknya yakin program pertukaran banduan dengan negara jiran khususnya Indonesia akan dapat diurus dengan baik.

Katanya, usaha itu bukan saja dapat mengurangkan bilangan banduan asing di negara ini tetapi juga membolehkan rakyat Malaysia yang dijatuhi hukum di negara luar menjalani hukuman penjara di tanah air.

Terdahulu ketika berucap, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, beliau kagum dengan gerak kerja yang dibuat UMNO Tanjong Karang di bawah pimpinan Datuk Seri Noh Omar dalam usaha merampas semula Selangor dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13. - klpos

Semenjak Khalid Perintah Selangor Unisel Kerugian RM54.8 Juta - NOH OMAR

TANJONG KARANG, 9 SEPTEMBER - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini mendedahkan laporan audit kewangan Universiti Selangor (Unisel) yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

Menurut beliau, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Noh berkata laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.

"Bila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaaan nazak, Menteri Besar begitu sombong dan ego dan sekarang saya ada salinan laporan audit universiti itu.

"Saya nak Menteri Besar menafikan laporan audit ini sekiranya ia tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang yang dirasmikan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, Ahad.

Sekitar Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang Kali Ke 24/2012


Friday, September 7, 2012

Isu Anwar - Noh bidas Abdul Khalid

KUALA SELANGOR - Kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berhubung kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan dan bukannya tetamu kehormat jelas menunjukkan beliau keliru dan tidak memahami protokol sambutan kemerdekaan serta peranannya dalam Kerajaan Negeri.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid sehingga kini gagal beri penjelasan berhubung tindakan menjemput Ketua Pembangkang itu pada sambutan malam ambang Merdeka peringkat negeri, baru-baru ini yang hadir menyampaikan ceramah.

“Kalau dipanggil sebagai tetamu jemputan, kenapa Anwar perlu beri ceramah? Kedua-dua Menteri Besar dan Anwar tidak faham peranan mereka pada majlis itu iaitu sama ada sebagai tetamu, penceramah atau perasmi.

“Ini menunjukkan pakatan pembangkang Selangor dalam keadaan ‘caca-marba’ kerana mereka keliru membezakan program rasmi dan politik.

“Saya juga menuntut penjelasan Abdul Khalid sama ada program itu program rasmi Kerajaan Negeri atau program politik apabila menjemput Anwar yang tidak pegang apa-apa portfolio rasmi dalam kerajaan,” katanya selepas menyampaikan alat tulis kepada calon peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Sulaiman Abd Razak.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberi ucapan pada sambutan kemerdekaan peringkat negeri, Khamis lalu, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Beliau berkata, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku kerana ia program rasmi Kerajaan Negeri.

“Kebiasaannya, kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi Kerajaan Negeri, Menteri Besar ganti tempat baginda. Tetapi, mengapa Anwar dijemput dan berucap, sedang ini program rasmi, bukan program politik?” katanya. - Sinar

Pelajar Daripada 37 Sekolah Dalam Parlimen Tanjung Karang Yang Bakal Menduduki Peperiksaan Menerima Sumbangan Alat Tulis Daripada DS Noh

TANJUNG KARANG, 6 SEPTEMBER - Pelajar-pelajar daripada 37 buah sekolah di kawasan Parlimen Tanjong Karang yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM telah menerima sumbangan alat tuils daripada Datuk Seri Hj. Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, hari ini.

Datuk Seri Hj. Noh menyampaikan sumbangan tersebut ketika di Majlis Penyampaian Sumbangan Alat Tulis Parlimen Tanjung Karang Tahun 2012 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing, Tanjung Karang disini.

Turut hadir di majlis itu, YB Tn. Hj. Sulaiman Bin Abdul Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang serta Pengarah Pelajaran Negeri Selangor.