Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, August 27, 2012

Rakyat Berbilang Kaum Serbu Rumah Terbuka Aidilfitri DS Noh Omar

TANJUNG KARANG, 26 OGOS - Orang ramai khususnya penduduk sekitar kawasan Parlimen Tanjung Karang dianggarkan lebih 15 ribu orang telah yang berkunjung ke Majlis Sabutan Aidilfitri Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan In dustri Asas Tani, yang diadakan di Padang Dewan Dato' Hormat Tanjung Karang disini.

Pada majlis tersebut para tetamu telah berpeluang beramah mesra dan melihat sendiri dari dekat Datuk Seri Hj Noh ditemubual secara langsung oleh Radio SelangorFM yang turut bersiaran langsung di majlis itu, semalam.

Berkonsepkan gerai makanan, pelbagai juadah tradisional dan moden disediakan untuk menjamu orang ramai dan penduduk setempat yang terdiri berbilang kaum dan peringkat.

Datuk Seri Hj Noh yang juga Ahli Parlimen Kawasan Tanjung Karang ketika ditemui berkata, sambutan rumah terbukanya kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Katanya, ia jelas membuktikan masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh hidup dengan aman dan harmoni hasil daripada usaha mengeratkan hubungan antara kaum yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

“Sambutan ini juga membuktikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional masih padu dan saya berharap mereka akan terus bersatu padu,” katanya.

Turut hadir bagi memeriahkan lagii majlis, ADUN Permatang, YB Haji Sulaiman bin Haji Abdul Razak, ADUN Sungai Burung, YB Dato Haji Shamsudin bin Haji Lias, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tanjong Karang, Mohd Khir bin Haji Ramli, dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjong Karang, Pn. Salbiah Shaari serta pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional.

>>>LAGI KOLEKSI GAMBAR<<<

No comments: