Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, August 13, 2012

VIDEO.!!! MB Selangor dicabar tunai apa dikata - Noh

HULU LANGAT, 12 OGOS - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu segera menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh banyak pihak termasuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar melaksanakan apa yang dikatakannya termasuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam tempoh dua bulan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, Abdul Khalid perlu buktikan kenyataan dikeluarkan sebelum ini yang mana berubah kepada pengambilalihan sebelum September apabila Kerajaan Persekutuan membuat keputusan tiada halangan kerana itu antara Kerajaan Negeri dan Syabas.

Menurutnya, Abdul Khalid juga menyatakan ingin memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syabas.

“Kita pegang kepada tiga kenyataan ini dan sebagai seorang tokoh korporat dia perlu laksana apa dikatakan dan kalau tidak boleh tunai maka dia seorang hipokrit serta tidak layak menjadi Menteri Besar.

“Kita tunggu sehingga September, jika dia tidak boleh tunai salah satu bermakna dia perlu letak jawatan demi kebaikan dan kepentingan rakyat Selangor kerana hanya pandai mengeluarkan kenyataan dan menyusahkan rakyat Selangor,” katanya selepas melawat tapak terowong Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) di sini, semalam.

Turut serta, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHa), Datuk Noriah Kasnon; Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan; Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Ab Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dusun Tua, Ismail Sani.

Noh berkata, bagi menyelesaikan masalah air di Selangor, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu ambil semula Selangor.

Dalam pada itu, beliau berkata, penstrukturan semula Syabas untuk mengambil alih pengurusan air dan masalah pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) adalah dua isu berbeza.

Menurutnya, Kerajaan persekutuan memutuskan bahawa projek Langat 2 akan diteruskan dan tender akan dibuat secara terbuka.

"Sebelum ini Kerajaan Negeri dakwa pelaksanaan projek hanya untuk kroni namun kini isu itu tidak timbul.

“Namun Kerajaan Negeri tetap pertahan dan tidak bersetuju untuk bina Langat 2 dan kita persoalkan, apa asas mereka untuk tolak projek ini? malah mereka sendiri tidak pernah turun padang untuk melihat pelaksanaan projek ini,” katanya Noh berkata, PPAMPS adalah untuk untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1,890 Juta Liter Sehari (JLH) dari Pahang ke Selangor yang akan melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air di mana terowong sepanjang 44.6 kilometer itu nanti, apabila siap akan menjadi terowong air mentah terpanjang di Asia Tenggara dan keenam di dunia.

“Projek ini dilaksanakan dan sudah 30 kilometer siap dan kerajaan pusat membelanjakan RM2.4 bilion, malah pekerja yang buat terowong bekerja 24 jam untuk menyiapkannya,” katanya.

Beliau berkata, apabila terowong itu siap, air dari Pahang perlu ada loji penerima di mana tanah untuk tapak loji diuruskan dan Kerajaan Persekutuan membayar pampasan RM200 juta kepada pemilik tanah individu dan pengambilan tanah tersebut selesai sebelum 2008.

“Masalah Langat 2 selesai namun apa yang menjadi halangan untuk mula kerja apabila tidak mendapat Development Order (DO) daripada Kerajaan Negeri apabila permohonan untuk mendapatkannya ditangguhkan tanpa tarikh.

No comments: