Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Thursday, July 5, 2012

YAHOOO.!!! Harga petrol RON 97 turun 20 sen

KUALA LUMPUR, 4 JULAI : Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 sudah turun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

"Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran," katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lalu.

No comments: