Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, July 2, 2012

Barisan Nasional (BN) boleh menang 30 kerusi di Selangor - Noh

SHAH ALAM, 1 Julai - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin parti itu mampu memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi peringkat DUN dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, keyakinan itu disandarkan kepada pembahagian kerusi dalam Barisan Nasional (BN) serta rekod pada pilihan raya umum lalu di mana UMNO berjaya memenangi 18 kerusi daripada 35 kerusi yang dipertandingkan.

"Insyallah saya tidak takbur tetapi saya amat yakin UMNO sahaja boleh memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi.

"Manakala MCA, MIC dan Gerakan akan memberikan sumbangan beberapa lagi kerusi tambahan yang akan membolehkan BN kembali memerintah negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang," katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada para hadirin di program 'Santai Media Sosial bersama Abg Noh' di kopitiam Pak Li Seksyen 7 semalam.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong memberitahu, negeri Selangor mempunyai sebanyak 56 kerusi dan ia telah dibahagikan kepada komponen BN yang lain.

Daripada jumlah itu 35 kerusi diperuntukkan untuk UMNO, manakala MCA diberikan 14 kerusi, sementara MIC pula sebanyak 3 kerusi dan 4 kerusi untuk parti Gerakan.

"Dalam pilihan raya lepas, kalau kita tengok UMNO bertanding 35 kerusi kita hanya menang 18 kerusi, MCA bertanding 14 kerusi menang 2 kerusi, Gerakan bertanding 4 kerusi kalah kesemuanya termasuk MIC kalah 3 kerusi.

"Kalau ini formula kita bahawa daripada apa yang telah kita rancang di negeri Selangor yang saya kata.. Insyallah (menang) kita tidak boleh takbur bak kata Perdana Menteri," ujarnya.

No comments: