Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Monday, June 11, 2012

Datuk Seri Noh lawat rumah mangsa yang mengalami kerosakan akibat dilanda ribut.

TANJUNG KARANG, 10 JUN - Pemimpin yang prihatin dan sentiasa berusaha membantu terhadap musibah yang menimpa rakyat. Walaupun sibuk, beliau tetap dapat melapangkan masa untuk turun dan melihat sendiri masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyatnya, terutama di Kawasan Parlimen Tanjung Karang.

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, bersama ADUN Sungai Burong dan ADUN Permatang serta beberapa kepimpinan bahagian, melawat rumah-rumah mangsa ribut yang melanda di kawasan Blok J Sawah Sempadan, Tanjung Karang disini, malam semalam.

Kebanyakan rumah yang terlibat mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan ribut dan angin kencang. Lawatan Datuk Seri Noh tadi pagi, bagi melihat sendiri kerosakan dialami dan jumlah serta bentuk bantuan peruntukan yang diperlukan bagi menanggung kos membaikpulih kerosakan rumah mangsa di sekitar kawasan Sungai Burong dan Permatang. Dengan adanya bantuan seperti ini dapat mengurangkan beban dan kesedihan mangsa-mangsa yang terlibat.

Dianggarkan hampir seratus buah rumah yang terlibat mangalami kerosakan akibat ribut yang melanda di Tanjung Karang, malam semalam. Kawasan yang paling banyak jumlah rumah yang terlibat adalah di kawasan Sungai Burong dan beberapa buah rumah lain di kawasan Permatang.

No comments: