Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Sunday, June 10, 2012

Banyak rumah alami kerosakan bumbung akibat diterbangkan ribut dan angin kencang yang melanda malam tadi, di Tanjung Karang.

TANJUNG KARANG 9 JUN - Banyak rumah mengalami kerosakan bumbung akibat diterbangkan ribut dan angin kencang yang melanda bermula pada jam 9:30 malam tadi dikawasan Sawah Sempadan dan Sungai Burong dalam Parlimen Tanjung Karang.

Berdasarkan panggilan telefon dan lawatan disekitar Sawah Sempadan terdapat banyak rumah yang mengalami kerosakan bumbung serta terdapat pokok-pokok tumbang dibeberapa jalan utama.

Di beberapa kawasan Sawah Sempadan terpaksa bergelap sehingga sekarang kerana terputus bekalan elektrik akibat litar pintas di kabel utama ketika kejadian ribut dan angin kencang yang melanda malam tadi.

Manakala berdasarkan sumber orang ramai, dikawasan Sungai Burong juga dilaporkan paling banyak rumah yang mengalami kerosakan yang sama.

Walaubagaimanapun tahap kerosakan dan jumlah kerugian mangsa masih tidak diketahui, serta tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan akibat bencana yang berlaku malam tadi setakat ini.

No comments: