Live Blog Berita & Informasi Terkini
 

Tuesday, June 19, 2012

'Khalid Ibrahim Pengkhianat Rakyat Selangor' - NOH OMAR

KUALA LUMPUR, 16 JUN – Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana mengkhianati kepercayaan diberikan oleh rakyat.

Noh berkata, dosa Abdul Khalid paling besar ialah mempolitikkan institusi pendidikan di negeri ini sehingga menjejaskan perkembangan modal insan yang sebelum ini menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat Selangor menerima tempias politik Kerajaan Negeri apabila merancang merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dibina untuk beri peluang pelajar dari kampung bersekolah di sekolah berprestij di bandar.

“Malang bagi pelajar luar bandar di negeri ini kerana asrama yang dibina untuk mereka pada pemerintahan BN akan dirobohkan oleh Kerajaan Negeri PKR yang lebih mengutamakan projek komersial,” katanya pada kenyataan media, semalam.

Noh berkata, Kerajaan Negeri juga menyekat peluang pelajar belajar ke peringkat tertinggi apabila mereka membatalkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah menyebabkannya dipindahkan ke Jasin, Melaka.

“Ini kerana sikap prejudis Kerajaan Negeri apabila kampus tersebut dibina atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) didakwa kroni Umno. Bukankah tindakan ini bersifat politik?

"Justeru saya mendesak Abdul Khalid meminta maaf kepada seluruh rakyat Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut kesal kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri juga menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi.

“Abdul Khalid perlu bersikap telus dengan mendedahkan kedudukan kewangan Unisel kerana saya difahamkam universiti ini mengalami kerugian. Ini satu pengkhianatan paling besar dan Abdul Khalid perlu bertanggungjawab,” katanya.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mencabar Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap kroni mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa kerana sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap individu yang terlibat penyelewengan.

“Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada langsung tindakan diambil terhadap mereka termasuklah pihak pengurusan Yayasan Selangor, yang didakwa membelanjakan wang yayasan dengan boros.

“Saya cabar Abdul Khalid agar ambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecat mereka yang bersalah dalam yayasan itu.," katanya. - GB

Monday, June 18, 2012

Karnival Himpunan Mega Keluarga 2012 Seri Tiram Jaya

TANJUNG KARANG, 18 JUN - Hampir 300 penduduk di Kampung Seri Tiram Jaya yang hadir majlis ceramah Agama yang berlangsung di perkarangan Dewan Orang Ramai Seri Tiram Jaya sempena Karnival Himpunan Mega Keluarga 2012 Seri Tiram Jaya disini, malam kelmarin.

Karnival turut dihadiri oleh Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, bersama YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Permatang, untuk bersama-sama penduduk dikampung mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tn Hj Ali Jaafar, Imam Masjid Kampung Seri Tiram Jaya dan bertahlil bersama.

Datuk Seri Hj Noh, yang dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat dan menjadi contoh terbaik kepada pemimpin-pemimpin yang lain. Ini dapat dilihat apabila beliau turut bersama-sama orang ramai yang hadir menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak pengajur sejurus selepas majlis ceramah dan tahlil selesai.

Datuk Seri Noh Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia

TANJUNG KARANG, 17 JUN - Lebih 1000 yang hadir di program Malam Mesra 1Malaysia Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia menunjukkan sokongan padu terhadap Datuk Seri Noh.

Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, disambut oleh semua masyarakat Cina ketika hadir di jamuan makan program Malam Mesra 1Malaysia Bersama Masyarakat Cina Kampung Tiram Setia. Turut hadir di program tersebut YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Permatang, disini, malam tadi.

Datuk Seri Noh turut menyampaikan sumbangan RM20 ribu kepada persatuan kebajikan masyarakat di kampung itu bagi menjalankan aktiviti mereka dalam menjaga kebajikan serta menjalankan aktiviti bagi masyarakat Cina disitu.

Sunday, June 17, 2012

SJK(C) Tanjung Karang Dapat Perhatian Datuk Seri Noh

TANJUNG KARANG, 17 JUN - Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, menyampaikan anugerah pelajar cemerlang PMR, SPM dan UPSR tahun 2011 serta memberi wang bantuan seratus ringgit kepada Ibu Bapa yang mempunyai anak memasuki Tahun Satu pada tahun ini selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-40 Tahun 2012, yang berlangsung disini, pada Jumaat malam 15 Jun.

Sebelum itu, Datuk Seri Hj Noh dalam ucapanya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 ribu kepada tabung PIBG sekolah SJKC Tanjung Karang ini, berdasarkan peningkatan pencapaian cemerlang oleh pelajarnya.

Thursday, June 14, 2012

VIDEO.!!! JENTERA PILIHANRAYA PKR PAKATAN RAKYAT SELANGOR DILUMPUHKAN T.I.B.A.I

12 JUN 2012 ADALAH TARIKH KERAMAT - Jentera-jentera pilihanraya Pakatan Rakyat samada dari PKR, PAS dan DAP di Selangor lumpuh.

Malam semalam di Permatang, Tanjung Karang Selangor di perkarangan pejabat DUN Permatang, jentera pilihanraya PKR dan Pakatan Rakyat Selangor mula dilumpuhkan apabila Mursyidul Am T.I.B.A.I mengumumkan kepala-kepala jentera pilihanraya PKR dan Pakatan Rakyat dilumpuhkan dan menyertai T.I.B.A.I.

Disaksikan di hadapan lebih seribu orang yang hadir di ceramah roadshow T.I.B.A.I., Datuk Seri Hj Noh Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, diiringi YB Tn. Hj Sulaiman, ADUN Permatang, bagi menyarungkan baju T.I.B.A.I kepada ketua-ketua jentera pilihanraya PKR dan Pakatan Rakyat Selangor sebagai menyambut kembalinya mereka semula ke dalam UMNO dan BARISAN NASIONAL.

Noh cabar Khalid umum kedudukan kewangan Unisel

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor dicabar untuk menjelaskan tujuan utama mencairkan aset bernilai RM30 juta sekali gus mengumumkan kedudukan kewangan Universiti Industri Selangor.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim itu dilihat meragukan banyak pihak tambahan lagi sebelum ini kerajaan negeri gah mencanangkan mempunyai simpanan sebanyak RM1.9 bilion.

"Maka kerajaan Selangor ambil kesempatan ini seperti kata pepatah menangguk di air keruh. Di mana seolah-olah kerajaan negeri seolah cuba tampil menjadi juara untuk membela nasib pelajar di UNISEL.

"Kerajaan Selangor tidak layak untuk dakwa mereka beri pembelaan dalam bidang pendidikan di Selangor. Saya nak cabar MB tolong isytiharkan berapa kerugian yang ditanggung UNISEL," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya malu kerana melabelkan diri sebagai 'juara' dalam cubaan untuk membela pendidikan rakyat di negeri ini.

Ini ekoran kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Khalid dilihat gagal menyumbang kepada pembangunan pendidikan di negeri itu berdasarkan lipatan sejarah sepanjang pembangkang memerintah untuk tempoh empat tahun ini.

"Mereka sanggup runtuhkan asrama Yayasan Selangor demi kepentingan untuk jual tanah Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan kini nasib pelajarnya seolah-olah tiada pembelaan.

“Tindakan mereka itu seperti menafikan hak dan peluang pendidikan yang selama ini diperjuangkan Yayasan Selangor terutama untuk anak-anak luar bandar, mereka juga berdosa dengan rakyat Selangor kerana menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri itu,” katanya.

Untuk rekod Khalid pada Februari lalu berkata, kerajaan negeri bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Unisel.

Katanya, institusi milik kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di negeri itu.

Bagaimanapun keadaan bertambah mencurigakan apabila dalam kelantangan Khalid mahu mengumumkan kedudukan kewangan universiti terbabit dan meuwar-uwarkan mempunyai simpanan sebanyak RM1.9 bilion selama ini, kini Khalid membuat lagi satu kejutan untuk mencairkan aset bernilai RM30 juta dengan mengapungkan aset hartanah seluas 500 ekar. - Antarapos

Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Daerah Kuala Selangor

KUALA SELANGOR, 13 JUN - Datuk Seri Hj Noh Bin Hj Omar, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang, merasmikan majlis sempena Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Daerah Kuala Selangor yang diadakan di Stadium Tertutup, Kuala Selangor disini, hari ini.

Sebelum itu, dimajlis sama Datuk Seri Hj Noh telah memberikan penghormatan kepada perbarisan wakil guru-guru daripada seluruh sekolah dalam daerah Kuala Selangor.